Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pernah tak dalam hidup sesiapa pun kat dunia ni, bebas dari rasa bersalah? Tak kisah la pasal apa pun, benda kecik ke, besar ke. Aku rasa, orang paling jahat kat dunia pun mesti pernah ada rasa bersalah, tapi mungkin tak sekerap orang baik la (Ye ke? Agaknya orang jahat lagi selalu rasa bersalah...huhu..).
Kenapa aku cerita pasal rasa bersalah ni? Mesti la sebab aku tengah rasa bersalah sekarang ni. Haha!! (Boleh gelak ke kalau rasa bersalah?) Kisah bermula di satu hari yang indah sewaktu aku sedang berjalan-jalan di pusat membeli-belah bersama isteri & anak kesayanganku. Pergi 'Toys Department' dangan niat nak tengok-tengok mainan kegemaran aku. Sampai satu 'area' tu, ada mainan berunsur ilmiah untuk 'baby'. Aku pun bagi la Jasmine Nurhana Binti Norhaizad main dengan macam-macam mainan yang ada kat situ.
Sampai la kat satu mainan tu, aku perasan Jasmine menunjukkan minat yang agak melampau. Khusyuk & leka dia main benda tu, terpampang jelas kegembiraan di wajahnya. Tapi apakan daya, tengok 'price tag' benda tu, luluh jiwa aku jadinya. Niat hati ingin sangat membelinya. Tapi terus terang aku mengaku tak mampu masa tu..huk..huk.. Sampai ada 'Sales Assistant' datang untuk bantu & aku terpaksa berpura-pura konon mampu beli, tapi akhirnya tak beli pun.
Berikutan peristiwa itu, aku rasa bersalah sangat terhadap Jasmine. Tapi bukan kat Jasmine je aku pernah buat macam tu, dengan isteri aku, dengan 'family' aku pun aku pernah buat macam tu. Bila difikirkan, kesian aku kat orang sekeliling aku yang berharap pada aku. Tapi nak buat macam mana. Aku cuma mampu berikan apa yang terdaya sahaja. Tapi mungkin sebab aku tak cuba sedaya upaya lagi, itu yang timbul rasa bersalah tu..huhu..
Kepada mereka yang aku sayangi & menyayangi aku, aku akan cuba jadi yang terbaik (cool tak ayat drama aku..huhu..). Buat masa ni, mintak maaf sangat-sangat sebab belum tahap dapat memenuhi harapan mereka terhadap aku (terutamanya kat 'parents', isteri, Jasmine, Amir Fadzrul).
-Sekian-