Monday, October 4, 2010

HOBI BARU

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sekarang dah ada hobi baru. Mula sejak kerja kat Kuala Terengganu. Hobi itu adalah 'Gundam'. Tak sangka pulak boleh terjebak dengan hobi ni. Mula-mula tu saja je tengok ada satu kedai mainan kat Giant Kuala Terengganu. Bajet nak usya Transformers je, especially Masterpiece Optimus Prime. Selain daripada Transformers, ada gak jual mainan lain dan yang banyaknya sudah tentu la model kit 'Gundam'. At first buat bo layan je sebab selama ni tak minat sangat anime & model kit 'Gundam'. Tapi bila dah tiap-tiap kali pergi shopping kat Giant asyik tengok benda tu je, lama-lama terus berkenan.

Masa mula-mula nak berkecimpung tu, tak berani nak beli jenama original Bandai. So, decide beli bootleg punye, jenama TT Hongli. Lepas pasang 2 model kit gundam bootleg (High Grade) baru la berani beli yang jenama original Bandai (terus upgrade ke Master Grade..haha!!). Buat masa ni level kehebatan masih di tahap paling bawah. Cuma tau snap fit saje. 'Nubmarks' bersepah-sepah..haha!!

In overall, rasa hobi ni agak menarik. Tak macam mainan Transformers, Gundam kit ni perlu kita pasang daripada part cerai-cerai hinggalah jadi mecha yang cool. At least ada rasa kepuasan & seolah-olah achieve something great lepas siap pasang..haha!!

Body Sword Impulse Gundam. Yang belakang berangkai-rangkai (runner) tu lah bentuk asal kit Gundam dalam kotak

Thursday, September 30, 2010

ORANG BARU

Assalamualaikum,

Rasa macam dah lama gila tak update blog. Tapi takpe la. Blog ni pun bukan ramai yang baca. Ntah-ntah tak sampai 5 orang pun yang baca. Semenjak tukar kerja sekarang ni aku rasa tak pernah update.

Cuma nak bagitau je sekarang ni aku & isteri dah ada teman baru. Lahir 24 Ogos lepas di Kuala Terengganu. Diharap dengan kurniaan
daripada Allah ni, maka hidup kami akan bertambah baik. Pada rakan-rakan yang bagi ucapan tahniah, saya ucapkan ribuan terima kasih.


Jasmine Nurhana