Thursday, November 12, 2009

PRIORITIZING

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Prioritizing? Ni lah topik perbincangan dengan seorang sahabat masa balik ke kampung isteri aku. Memang best dapat duduk-duduk, borak-borak sambil minum air dengan kawan. Aku ingat dia nak lepak-lepak sambil gosip-gosip & bual kosong. Tak sangka pulak dia bukak topik serius..haha!!

Dalam kes kawan aku ni, dia tengah dalam dilema antara kahwin & beli kereta. Hasil menyimpan selama 2 tahun bekerja, kawan aku ni dah ada berkepuk gila la duit dalam ASB. Plan asal dia nak beli kereta dengan duit tu. Tapi dalam tempoh 2 tahun tu, dengan tak disangka-sangka, dia dapat awek pulak. Sekarang dah dalam dilema, nak kahwin dulu or beli kereta dulu.

Susah betul kawan ni nak buat pilihan. Kalau ikut aku, kahwin je dulu. Sebab sekarang ni dia ada je kereta, walaupun pinjam. Nanti dah ada kereta, ada komitmen pulak nak kena bayar bulan-bulan, maintenance lagi, insurans lagi. Kalau kahwin, mungkin liabiliti kurang, sebab bakal isteri bekerja.

Tapi dia cakap dia nak rasa hasil titik peluh dia selama 2 tahun kerja tu. Memang target dia nak beli kereta idaman dia. Lepas dia cakap macam tu baru aku tahu kenapa susah dia nak buat keputusan. Aku pun tak tahu nak tolong macam mana. Mungkin akan ada orang akan berpandangan kahwin lagi penting dari beli kereta. Aku pun pikir macam tu. Tapi aku pun setuju yang dia kena pikir gak pasal kehendak dia.

Aku harap kawan aku tu akan pikir masak-masak sebelum buat keputusan. Kalau tanya aku, kahwin la dulu, tak pun beli rumah dulu, tak pun invest dulu kat mana-mana. Kalau boleh elakkan diri dari beli kereta, try la elakkan. Ini applicable bila duit belum banyak lagi.Kalau dah banyak duit, lantak la kalau nak beli kereta banyak mana pun. Tapi kalau rasa nak puaskan hati, beli la kereta tu. Nanti lepas kahwin, asik mengigau pasal kereta je, susah jugak..haha!! Apa-apa hal pun, anggap la ini cabaran dalam hidup yang akan mematangkan kita. Aku rasa kawan aku tu dah matang la semenjak kerja ni. Siot je. Tu je la nasihat daripada seorang kawan yang masih caca marba lagi dalam hidup dia..hehe.

-Sekian-

Friday, November 6, 2009

NAMEWEE VS TNB MUAR

Assalamualaikum & salam,

Mesti ramai yang dah tengok video Namewee marah-marah kat TNB Muar sebab kawasan rumah dia blackout. Aku tengok, tapi takde sound sebab tengok kat pejabat. Tapi nampak ganas jugak la video tu. Terlalu banyak kata-kata sumpah dihamburkan. Bukan untuk tontonan kanak-kanak kecil. Lepas video tu tersebar, ramai yang mula bincang pasal isu ni. Banyak la yang mengulas dekat blog, laman web, forum. Ada yang sokong tindakan Namewee, ada yang sebaliknya. Masing-masing ada point sendiri. Aku selaku penulis blog professional (hahaha!!!) pun ada pendapat pasal isu ni.

Pendapat & pandangan aku lebih berpihak kepada TNB. Ramai jugak yang salahkan TNB. Cakap servis sampah la, lembap la. Ada yang bagi cadangan, biar perniagaan elektrik ni dipecahkan monopolinya. Jangan bagi TNB pegang 100% hak memperniagakan tenaga elektrik kat Malaysia. Pasal monopoli tu, aku boleh setuju & tak setuju, depends pada apa maksudnya tak nak bagi TNB monopoli..hehe (another post maybe).

Aku bagi pandangan selaku seorang pengguna biasa sahaja ok. Ada beza pengguna biasa dengan pengguna luar biasa ye. Siapa pengguna biasa? Kebanyakkannya yang kerja makan gaji. Siapa pengguna luar biasa? Pemilik perusahaan macam kilang la. Yang aku hairan, kenapa pengguna biasa marah sangat kalau ada breakdown? Aku faham sangat kalau yang marah tu pengguna luar biasa. Kalau elektrik takde, production stop beberapa minit pun, diorang boleh rugi banyak, boleh cecah berjuta-juta. Tapi yang biasa-biasa ni, ada ke rugi berjuta-juta? Paling koman pun cuma tak boleh tengok TV, dengar radio, surf internet, main video game, panas. Apa lagi? Masalah untuk yang nak study untuk final paper esoknya? Aku rasa bukan lama pun TNB ambik masa untuk recover electric supply. Ambik la 2-3 jam takde elektrik tu untuk rehat-rehat, tenangkan minda. Tak pun kalau freak sangat nak study gak, pakai la lilin ke, torch light ke. Kejap je, bukan lama pun. Aku pernah alami takde elektrik & esoknya ada paper exam. Peristiwa terjadi masa aku belajar kat Uniten & aku tinggal kat asrama Uniten. Memang la mulut bising-bising, tapi takde la sampai nak serang-serang sambil buat rakaman video. Kalau tak lagi popular la aku sebab breakdown dekat Universiti Tenaga Nasional sendiri ok.

Dalam video tu Namewee yang 'kool' ada cakap la yang dia nak TNB settle jugak cepat-cepat breakdown tu. Nak jumpa orang besar. Orang kecik dia tak nak. Pasal nak jumpa orang besar tu aku tak kisah la, sebab memang lagi senang nak selesai kalau kita cakap terus dengan orang besar. Tapi yang aku tak suka sebab dia nak perkecilkan orang yang dia anggap kecik tu. Memang la dia tengah minum kopi & makan pisang masa Namewee tu datang, tapi tu satu kesalahan ke? Finance Manager company aku sekarang ni pun selalu je mengunyah biskut & buat air selalu masa office hour. Kenapa tak nak datang sini ambik video? Bila video tu rakam aksi pegawai bertugas tu makan pisang, lepas tu rakam pekerja lepak-lepak dekat handrail, mesti ramai akan cakap diorang tu pemalas, curi tulang, patut la lambat elektrik sambung balik. Macam mana orang tau apa job scope diorang tu? Diorang ke yang kene pergi betulkan balik kerosakan? Kalau dah job scope dia lain, takkan nak mengada-ngada buat benda lain. Unless dia arif pasal kerosakan yang berlaku, boleh la nak menyibukkan diri. Kalau tak tau, lepas tu ikut gak, lagi lambat siap kerja ada la kot. Tapi aku tak nafikan, maybe ada jugak yang memang betul-betul curi tulang masa tu, cuma aku ni suka sangat berfikiran positif..huhu.

Kenapa aku backing TNB? Hehe.. Sebab selama aku duduk Malaysia ni, daripada aku kenal LLN sampai la bertukar ke TNB, aku tak pernah ada isu dengan electric supply. Memang la bila ada breakdown ke, shutdown ke, mulut aku bising-bising, tapi setakat tu je la. Lagipun bukan selalu. Walaupun aku puji-puji TNB seolah-olah servis diorang takde masalah, tak bermakna aku suka kalau diorang naikkan tarif elektrik..haha!! Cuma aku rasa memang TNB ok je selama ni. Masa aku kerja kontraktor dulu, senang je deal dengan orang TNB bila mintak tolong diorang untuk terminate kabel. Selain dari tu, aku takde la selalu berurusan dengan pegawai TNB selain daripada bayar bil elektrik je. Jadi apa isunya sampai Namewee nak mengamuk sakan tu. Kali ketiga dalam setahun? Dia rugi berapa juta USD sepanjang breakdown 3 kali tu? Entah lah...hehehe.

-Sekian-

DOING BUSINESS

Assalamualaikum & salam sejahtera,

I just added a friend in Facebook. I knew him from MRSM Jasin, batch 1998/1999. Look at his profile, and shock a moment when found out that he is currently a Managing Director. I searched in Google for his company info. Read a bit the profile of the company. Again, I was shock after clicking on the Directors Board link. I saw familiar faces in there, majority from MRSM Jasin & another one was my senior during A-Level German courses.

So, it turned out that 5 of them joined together & established a company. All of them comes from different field, each with their own expertise. Such a huge step they have taken, according to me at least. I envy them. They have the guts to start their own business. They have overcome the fear of facing risks. They know what kind of business that they want to do.

I wish that I can be just like them. But I know, wish alone doesn't get you anywhere. Currently, I lacked everything that it needs to start a business; guts to face risks, knowledge, type of business & the most important thing, the capital..huhu. I guess it's ok since I will be using the time needed for preparation to gain knowledge as much as possible. Anyway, the company have its own blog & a lot of tips on how to start business there. Maybe it is a good place to start.

-Sekian-

*To my friends in Aidan Group of Companies. although it is already too late, I would like to congratulate you all for the company establishment. I wish & pray for your success there. I am going to use all of you as my role model to initiate my own business...haha!!*

Thursday, November 5, 2009

NAK CAKAP PASAL KERJA

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ni aku nak cerita pasal kerja. Bukan kerja rumah, bukan kerja sekolah, bukan kerja kebajikan. Ni kerja yang orang buat untuk dapat duit. Ada yang kerja kerajaan, ada yang kerja swasta & ada yang kerja sendiri. Tapi benda aku nak cerita ni lebih tertumpu pada diorang yang tak jadi bos, sekadar pekerja biasa sahaja.

Kenapa wujud orang yang malas bekerja? Maksud aku kat sini, bukannya orang tu duduk rumah menganggur. Tapi ni orang yang dah ada kerja, tapi malas nak buat kerja. Jangan cakap orang kerja kerajaan saja yang malas, orang kerja swasta pun ada jugak yang malas. Macam-macam sebab & alasan boleh kita dengar yang menjadikan seseorang tu malas.

Alasan yang paling 'best' sekali ialah, "kerja cuma setimpal dengan gaji yang dibayar". Ni memang selalu la orang guna, aku rasa la. Gaji rendah, buat apa nak beriya kerja. Kerja sekadar cukup-cukup je la. Bagi aku orang yang guna alasan macam ni, memang layak dipukul dengan kayu dililiti dawai kawat...haha!! Kalau aku jadi bos, & aku dengar alasan ni keluar dari mulut staf aku, maka sampai bila la pun staf tu takkan dapat naik pangkat. Bila pangkat tak naik, sampai bila-bila pun la tangga gaji kau di tahap yang sama je. Kenapa? Sebab kau cuma kerja setimpal dengan gaji yang dibayar je. Macam mana aku nak naikkan pangkat kau? Kalau naik gaji pun, mungkin untuk kenaikkan tahunan je. Bonus? Insentif? Jangan harap la. Kan motto kerja kau, "kerja setimpal dengan gaji". Macam mana nak naikkan gaji kau sebab aku tak nampak peningkatan dalam kerja kau. Cuba tunjukkan usaha kau yang lebih, baru la aku bersedia nak naikkan pangkat mahupun gaji kau.

Yang kedua pulak, aku selalu dengar masa aku kat tempat kerja pertama aku. Kerja bagai nak rak, tapi takde dapat apa-apa pun. Alasan ni hanya boleh diguna pakai oleh orang yang betul-betul dah kerja bagai nak rak. Bukan yang kerja borak-borak, sibuk-sibuk nak guna alasan sama. Ni berlaku bila syarikat tu mengalami masalah kewangan. Kerugian dalam pelaburan yang belum menentu lagi. Lepas tu akan timbul benda seperti potongan gaji, potongan elaun, takde bonus. Paling kritikal sekali bila dah mula buang pekerja. Bayangkan moral pekerja masa tu. Lebih-lebih lagi kalau dulu syarikat tu memang hebat gila 'performance' dia. Bonus sampai 5-6 bulan. Duit bonus hari raya pun ada jugak. Pekerja senior memang akan 'demoralized' gila. Pekerja baru, mula-mula akan rasa cuak, lepas tu bila dapat kata-kata semangat (janji palsu) daripada HR, mula rajin balik, lepas tu akan jadi sama macam pekerja senior (bila dah sedar kena tipu). Bila jadi macam ni, tak tau macam mana nak cakap. Mungkin ok kalau pekerja malas, sebab takde penghargaan, kadang-kadang gaji pun lambat masuk. Tapi kesian pulak kat syarikat, sepatutnya pekerja bagi la 'extra effort' untuk bantu pulihkan keadaan syarikat. Dalam keadaan macam ni, pada pandangan aku terpulang lah pada individu masing-masing. Based on experience aku, aku buat kerja macam biasa je. Aku tak tau samada aku dah buat 'extra effort' atau tak, yang penting aku dah cuba buat apa yang terdaya. Memang hati pedih bila buat kerja, tapi tak dapat recognition daripada majikan, tapi at least aku puas dengan kerja yang aku dah buat. Bila semangat dah totally luntur, better try cari kerja lain. Senang bagi orang muda macam aku, tapi tidak bagi pekerja senior.

Kat atas tu aku dah bagi 2 alasan yang pernah aku dengar bagi menyokong kemalasan seseorang. Alasan yang pertama tu memang aku benci sebab tu sebenarnya bukan alasan pun. Alasan yang kedua tu, mungkin boleh diterima, tapi kena tengok keadaan jugak la. Kenapa aku cerita pasal malas ni? Sebab sekarang aku datang pejabat tiap-tiap hari, tapi satu kerja pun aku tak buat. Aku tak nak dikategorikan malas di sini, sebab bukan aku tak nak buat kerja, tapi takde kerja. Dulu pernah masa bos aku tak bagi aku kerja, aku approach dia, tanya dia kalau ada kerja yang aku boleh tolong. Aku tak tahan duduk-duduk tak buat kerja. Rasa nak nangis pun ada. Aku tak suka otak aku idle all the time. Rasa jadi makin bodoh. Point aku kat sini ialah, kenapa ada orang suka sangat malas buat kerja.? Lagi suka tak buat apa-apa, tunggu gaji semata-mata. Pelik betul la. Entahlah...

-Sekian-

Wednesday, November 4, 2009

PROMOTE DILBERT COMIC STRIPS

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Aku suka tengok comic strip Dilbert by Scott Adam. Komik ni cerita pasal benda-benda yang berlaku kat tempat kerja tiap-tiap hari. Komik tu pun akan update setiap hari. Yang menariknya, kebanyakan cerita yang Scott sampaikan dalam comic strip memang mencerminkan keadaan di dunia sebenar. Isteri aku sendiri pernah guna salah satu dari strip tu untuk kutuk ex-bos dia..huhu. Kalau tengah tensen ke dengan bos, atau dengan rakan sekerja ke, atau dengan bebanan kerja, rajin-rajinkan la layari website yang dah aku link kan tu..hehe.

-Sekian, salam-

Tuesday, November 3, 2009

KENYATAAN TAK BERAPA NAK PANDAI

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Aku baru je lepas singgah kat blog Tony Pua, YB PJ Utara. Aku jumpa satu benda menarik dari salah satu entri dia, di mana dia tulis balik ucapan dia masa 2010 Budget Speech. Untuk pengetahuan, aku tak berpaksi pada mana-mana parti pun, jadi anggap lah pandangan aku kali ini bebas dari sikap 'biased'. Aku cuma berpihak pada mana-mana pihak yang kempennya adalah untuk menaik tarafkan kehidupan semua rakyat, tak kira la pekerja bawahan mahupun pemimpin tertinggi, & dengan cara yang tidak bertentangan dengan agama Islam.

Dalam ucapan Mr. Tony Pua, dia ada sentuh mengenai pengangkutan awam. Dia mintak bidang kuasa untuk naik tarafkan pengangkutan awam diserahkan pada Kerajaan Negeri, berbanding sekarang yang diletak bawah Kerajaan Pusat. Untuk sokong hujah dia bagi la statistik peningkatan pemilik kereta di Malaysia dan lebih spesifik lagi di Lembah Klang. Aku setuju dengan pendapat dia bila dia kata kenderaan seperti kereta dah menjadi satu keperluan yang sangat penting, disebabkan oleh pengangkutan awam yang sedia ada masih tidak cukup efisien. Bila dah jadi satu keperluan, maka kebanyakan orang akan beli kerana terpaksa. Maka dengan tiba-tiba, muncul seorang hero, cuba untuk menyelar apa yang cuba diperkatakan oleh Mr. Tony Pua. Sebab aku rasa tak semua rajin nak klik hyperlink ke blog Mr. Tony Pua, aku 'copy paste' je la dialog hero tu,

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Yang Berhormat sebut tadi bahawa orang beli kereta kerana terpaksa, mana Yang Berhormat tahu?

Belum habis lagi, soalan belum habis. Tunggu dahulu. Kalau dia terpaksa, maknanya orang tidak mampu beli kereta, kalau dia tidak mampu macam mana dia boleh bayar. Orang yang tidak mampu bayar, barulah dia terpaksa. Ini dia boleh bayar setiap bulan, apa pula terpaksa. Lagi satu ini belajar Cambridge Oxford, tetapi otak tidak betul, tidak reti ekonomi. Apa pasal? Apabila kereta banyak, itu menunjukkan bahawa negara ini maju. Itu as simple as that Tuan Yang di-Pertua. Pergi belajar baliklah, Cambridge kah?

Quoted from Tony Pua's blog

Lepas aku baca je dialog dia, aku rasa ada satu perasaan geli hati yang geli geleman disertai dengan rasa jengkel. Kat sini aku nak ulaskan sedikit demi sedikit kenapa aku rasa sedemikian rupa dengan 'statement' dia.

Yang pertama, dia cakap, "Kalau terpaksa, maknanya orang tidak mampu beli kereta". Sesuka hati je dia nak buat penaakulan mantik macam tu. Terpaksa = Tak mampu? Sepatutnya yang lebih sesuai ialah 'Terpaksa = Tidak mahu'. Aku bagi contoh senang la. Tol batu tiga kat Lebuhraya Persekutuan tu. Aku dari Shah Alam nak ke Kuala Lumpur. Setiap kali aku lalu tol tu, aku akan rasa menyampah sangat. Kenapa? Sebab aku sebenarnya terpaksa bayar tol tu. Adakah disebabkan aku tak mampu untuk bayar RM1.10 untuk sekali lalu tol tu, maka aku rasa terpaksa? Kalau aku tak mampu, apakejadahharamnya aku nak lalu tol tu?! Kalau aku takde RM1.10, boleh ke aku lepas dari palang gate tol tu? Jadi, kenapa aku rasa terpaksa? Sebab aku nak sampai tempat kerja yang kat KL tu. Memang la ada pilihan lain, tapi kena lalu tol jugak & lagi mahal. Boleh tak hero tu cuba implemenkan contoh yang aku bagi tu pada senario beli kereta ni?

Kalau tak reti nak implemen, aku boleh terangkan. Aku nak pergi kerja hari-hari, nak cari duit untuk bagi makan, minum, pakai & macam-macam keperluan lagi untuk keluarga. Tempat kerja kat Ara Damansara. Duduk kat Shah Alam. Macam mana aku nak sampai ke tempat kerja aku dari rumah? Pengangkutan awam, dah tengok, memang takde. Maka terpaksa lah aku beli kereta walaupun aku tau itu bukanlah pilihan bijak. Namun itu adalah pilihan bangang yang paling baik sekali. Macam Basuh Baju pernah cakap, kita hanya diberikan pilihan yang bangang.

Disebabkan oleh pilihan bangang yang paling bijak ni jugak la, kita terpaksa berkorban benda lain. Maka bertambahlah rasa terpaksa tu tadi. Dalam kes tol tu, aku terpaksa lalu tol batu tiga jugak sebab tol lain mahal. Jangan ingat dah gila kentang la dapat lalu jalan tol murah. Disebabkan nak elak tol mahal, maka terpaksalah aku bersedia menghadap kesesakan lalulintas sejurus lepas bayar tol. Keluar lah awal macam mana pun, mesti kena jugak la. Dah la keluar awal, kena hadap kesesakan lak, kena bayar tol lagi. Berganda-ganda rasa keterpaksaan tu..haha!! Kalau dalam kes beli kereta ni pulak lebih kurang je la. Dah beli kereta, bulan-bulan kena bayar ansuran. Kena potong duit gaji lak. Maka terpaksa la berjimat & potong perbelanjaan kat tempat lain. Dah takde lagi la nak pergi bercuti ke, buat aktiviti menyeronokkan ke. Bajet dah takde, buat bayar ansuran kereta. Lepas tu kena selalu kerja lebih masa selalu pulak, kurang la masa nak habis masa dengan keluarga. Semuanya dibuat atas dasar terpaksa. Bukan sebab tak mampu. Aku harap hero tu sedar la ketidak sealirannya 'terpaksa' & 'tak mampu' dalam konteks yang diperbincangkan ini.

Yang kedua, dia dengan tak matangnya berkata, "Apabila kereta banyak, itu menunjukkan bahawa negara ini maju". Ini memang lagi tak boleh 'handle' la penaakulan dia. Kereta banyak = Negara maju. Aku rasa apa yang dia cuba cakap ialah, lagi banyak kereta, maka sebenarnya makin ramai la orang yang kaya. Ini sejajar dengan penaakulan dia sebelum ini, di mana orang beli kereta bukan sebab terpaksa, tapi sebab mampu atau terlebih mampu atau bahasa senangnya kaya la. Sebab bagi dia, yang rasa terpaksa tak mampu beli kereta (pening kepala aku dibuatnya). Dia ni tak tau ke sebenarnya kereta ni adalah satu liabiliti ke atas pemiliknya. Orang kaya bukannya ada banyak liabiliti, tapi banyak aset macam rumah, tanah. Harga makin lama makin tinggi. Kereta makin lama makin naik ke harganya? Minyak yang dipakai kereta tu selalulah naik harganya. Nak kena bayar cukai jalan lagi, renew insurans lagi, maintenance lagi. Bila dah macam tu, jadilah kereta tu liabiliti wahai hero. Lepas tu perhatikan la kebanyakan orang beli kereta apa je. Kereta murah je, pastu bukan beli 2-3 biji, sebuah je sekadar mencukupkan keperluan. Kalau semua orang beli kereta-kereta mewah, takpun beli kereta 5-6 biji baru la penaakulan kau tu boleh diterima.

Yang akhir sekali aku tak puas hati sebab dia seolah-olah tersimpang dari topik sebenar. Tony Pua tengah cerita pasal kelemahan pengangkutan awam, statistik peningkatan jumlah kenderaan tu cuma fakta untuk sokong hujah dia. Sepatutnya hero tu kena la sentuh atau bertanya mengenai pengangkutan awam. Bukan sibuk-sibuk nak bangkang penggunaan statistik peningkatan jumlah kereta untuk sokong hujah Tony. Tapi tu la, aku pun pelik sebenarnya. Macam mana lah orang yang berfikir macam ni dapat jadi YB, ada pangkat Dato' lagi. Bukan mempersoalkan kredibiliti dia, tapi patutkah tak dipersoalkan bila dia keluar 'statement' macam ni dari mulut dia? Sekarang baru aku tahu kenapa kebelakangan ni banyak sangat keputusan pelik-pelik yang dibuat oleh kerajaan. Lepas tu terlalu banyak sangat pertunjukkan sarkas dalam Parlimen. Sebab ada orang yang mindanya berfikir sedemikian rupa.

Yang paling best, dia siap sound Tony suruh belajar balik, sebab kononnya Tony tak faham ekonomi. Tapi selambe je Tony jawab macam ni,

Saya tidak akan menjawab soalan daripada “katak yang berada di bawah tempurung"
Quoted from Tony Pua's blog

Haha!! Memang kelakar. Tak dapat aku bayangkan muka hero tu bila dengar Tony cakap macam tu. Tapi dah memang patut pun. Aku rasa ada ramai lagi budak-budak muda, yang lagi muda dari hero tu & takde pangkat Dato', boleh keluarkan hujah yang lagi baik daripada dia.

-Sekian-

*Hero tu merupakan YB Pasir Salak. Sekali lagi peringatan kat sini. Aku bukan pro mana-mana parti politik. Aku cuma bagi pendapat aku berdasarkan apa yang aku lihat, baca & faham. Aku cuma menyokong sesiapa yang berjuang untuk kebajikan setiap umat manusia, tak kira orang miskin, orang biasa, orang kaya, orang putih, orang hitam, orang Islam, orang Kristian, orang Buddha........(list can goes on). Dan kebajikan yang dilakukan tak bertentangan dengan prinsip-prinsip dalam agama yang aku anuti*

Monday, November 2, 2009

KAKITANGAN AWAM LEMBAP & ASYIK MENGULOR

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kalau kakitangan awam baca tajuk entri kali ni, mesti rasa mendidih je kan? Ke diorang tak kisah langsung pun? Tajuk kali ni berdasarkan pada 'standard statements' yang sentiasa dilemparkan kepada kakitangan awam. Pada golongan anti@jaki kakitangan awam, jangan cuba nafikan la perkara ni. Pada kakitangan awam yang memang 'fit' dengan tajuk tu, bawak-bawak la insaf & ubah perangai..huhu.

Semalam aku hadir kenduri kahwin kawan ASBKJ isteri aku merangkap ejen insurans kitorang. Majlis yang kena ikut protokol (makan ikut time, dresscode), maklumlah, suaminya kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tempat duduk pun dah ditetapkan jugak. Dekat meja tu, adalah sorang pakcik ni duduk sebelah aku. Asyik nak ajak aku borak je. Bukan takde orang lain, tapi sebab meja kitorang tu dipenuhi dengan kaum wanita. Nak ajak para wanita tu borak, nanti diorang ingat pakcik tu nak mengorat pulak kan? Haha!! Dalam banyak-banyak benda yang diborakkan tu, aku ingat la satu benda yang pakcik tu cakap,

"Aku cukup tak gemar nak pergi Putrajaya tu. Jauh sangat. Selalu kena pergi untuk berurusan dengan kerajaan. Dah tu tak boleh nak siap hari tu jugak, lambat sangat. Tengok lah berapa ramai yang kerja kat sana, tapi takde kerja pun"

Lebih kurang macam tu lah dialog pakcik tu. Aku sengih-sengih je la. Tapi aku cakap la dengan dia pulak,

"Kadang-kadang tu pakcik, bukan sebab diorang tu takde buat kerja ataupun lambat saja-saja. Kadang-kadang urusan kerajaan ni banyak sangat protokolnya. Banyak sangat laluan-laluan yang kena lepas. Mungkin sebab tu, kita nampak diorang macam takde kerja, sebab nak tunggu benda tu proses & sampai balik ke diorang tu yang lambat. Lagi-lagi kalau nak kena ada tandatangan bos-bos besar ni. Diorang ni kan jarang-jarang ada kat pejabat, selalu kat kedai kopi sembang pasal isu semasa"

Itu cuma pendapat & pandangan aku je. Aku ambik satu kes yang aku kena. Bila sewa dewan MBSA, aku kena bayar sekali duit cagaran sebanyak RM300. Duit ni akan dipulangkan semula bila pegawai MBSA bertugas dah selesai periksa keadaan dewan selepas penggunaan & puas hati dengan keadaan dewan (takde rosak & bersih). Ayah aku ingat sehari dua mesti dah boleh datang pejabat MBSA dan tuntut balik duit. Aku beriya-iya cakap dengan ayah, benda tu mesti ambik masa, bukan senang-senang je. Baik telefon & tanya dulu. Tapi ayah nak jugak pergi pejabat terus. Akhirnya, tak dapat jugak duit tu. Pegawai MBSA cakap kena tunggu sebulan. Memang pegawai yang jaga dewan dah laporkan keadaan dewan kat pejabat, tapi banyak lagi prosedur kena ikut. Bahagian terakhir akan sampai kat Finance Department & lepas tu baru diorang akan isu cek & hantar kat penyewa. Paling koman pun sebulan la baru dapat. Itu cuma contoh je yang aku bagi, tak semestinya sama kat tempat lain ye.

Macam kes isteri aku masa dia nak buat surat beranak baru. Walaupun dia lahir kat Pahang, nasib baiklah boleh jugak buat surat beranak baru kat Selangor. Isi borang semua, pastu hantar kat pegawai bertugas. Bayar la nilai sepatutnya dibayar. Aku pun tak pasti berapa tempoh masa untuk siapkan surat beranak baru tu, tapi kitorang bagi tempoh masa agak lama jugak la sebelum datang balik. Datang-datang, tanya je, pegawai (orang lain) tu macam blur-blur sikit. Mungkin sebab tensen kena kerja hari Sabtu kot. Periksa punya periksa, rupa-rupanya dah siap, tapi tak 100%. Belum print ke atau pun belum laminate lagi. Aku pun tak pasti. Siap tanya balik nak ambik hari ni jugak ke? Adoi, susah sangat ke nak print atau nak laminate atau kedua-duanya sekali? Pelik betul aku. Kitorang cakap la nak hari ni jugak. Pegawai tu pun mintak kitorang pergi la jalan-jalan dulu. Nasib baik la pejabat korang tu dekat dengan shopping complex. Pastu dia mintak resit bayaran. Isteri aku cakap dah bayar & bagi sekeping kertas ni. Tapi pegawai tu cakap tu kertas untuk inform pasal buat surat beranak baru, bukan resit bayaran. Explain punya explain, pegawai tu percaya la yang kitorang dah bayar. Rupa-rupanya pegawai yang ambik bayaran masa mula-mula buat surat beranak tu dah makan duit. Apa la nak jadi, aku pun tak tau. Tapi intipati cerita kat atas ni, aku salahkan orang buat kerja yang lembap. Kenapa tak print & laminate siap-siap? Takkan nak kena tunggu pemohon datang baru nak siapkan. Kalau ada isu nak simpan, kononnya ruang tak cukup ke, apa ke, kenapa tak siapkan dan telefon pemohon? Cakap la kalau ambik lewat dari tempoh masa tertentu, dokumen akan dilupuskan, kena mohon baru, melainkan ada sebab konkrit. Ke ini memang protokol atau sistem yang kerajaan implemen? Pelik tapi benar..huhu.

Kesimpulannya kat sini, bila korang berurusan dengan kerajaan, kalau urusan tu tak berapa lancar, terlalu lambat, korang jangan lah senang-senang nak marah mereka-mereka yang kerja kat kaunter ni. Ataupun pekerja-pekerja bawahan yang berurusan dengan korang. Tanya dulu kenapa lambat sangat proses. Kalau jawapan munasabah ditambah dengan gaya bahasa yang sopan santun, korang redha je la & jangan cuba nak buat havoc pulak. Tapi kalau jawapan memang haram bodoh, ditambah dengan nada yang berlagak macam bagus kepala bana, seolah-olah kita merayu mintak sedekah dengan dia, maka wajarlah kamu mengamuk macam orang gila..hahaha!! Nasihat ni aku tujukan jugak kat diri aku sekali..hehe..

-Sekian, salam-

Friday, October 30, 2009

BONUS KAKITANGAN AWAM

Assalamualaikum & salam,

Makin lama aku tengok makin rajin pulak aku tulis blog. Tapi nak buat macam mana kan. Sekarang ni datang pejabat, satu kerja pun tak ada, kalau ada tu sikit-sikit je la & aku selalu siapkan jugak pada hari kerja tu diberi. Ini semua gara-gara aku akan bertukar kerja lagi sekali. Ada orang pelik kenapa aku asyik tukar kerja. Tapi, aku baru je 2 kali tukar kerja. Ada orang tu sampai 3-4 kali tukar kerja dalam setahun, biasa je. Mungkin yang pelik tu sebab diorang dapat kerja yang seronok & 'best'. Tapi kerja aku tak macam tu, jadi salah ke tukar kerja? Hehe.. Ok, balik ke topik perbincangan tadi. Sebab aku hampir tak ada kerja, maka masa aku dipenuhi dengan melayari internet & menulis blog. Ini antara topik yang selalu aku terbaca, iaitu kerja kerajaan vs kerja swasta.

Aku bukan nak tulis pasal kebaikan & keburukan kerja samada di sektor kerajaan mahupun swasta. Dah berlambak sangat orang diskusi di forum internet pasal benda ni. Kalau korang tak malas, pergi la jenguk-jenguk pakai Google dan yang seangkatan dengannya. Yang paling terbaru forum pasal kerja kerajaan yang aku baca, berkenaan dengan isu bonus untuk staf kerajaan tahun ni. Lepas baca & baca satu persatu komen orang, baru aku perasan satu benda yang memang mesti ada bila orang buka cerita pasal kerja kerajaan. Benda tu ialah komen orang yang seolah-olah anti@jaki gila dengan staf kerajaan. Aku akui yang aku sendiri pernah tergolong dalam golongan anti@jaki ni, tapi itu dulu. Sekarang masih ada, bezanya, kali ini aku tak 'generalize' kan kejakian aku itu.

Tapi mungkin diorang ni bukan anti tak tentu pasal. Kebanyakan diorang mungkin menjadi anti disebabkan pengalaman mereka dengan pekerja khidmat awam ni. Tapi yang jadi tak eloknya bila diorang ni men'generalize'kan penjawat awam ni. Apa dia contoh 'statements' mereka yang anti ni & di'generalize'kan ke atas penjawat-penjawat awam? Aku rasa kebanyakan orang tau dah, macam pemalas, lembap, makan gaji buta, 'tau nak mintak naik gaji je, tapi kerja sampah', menghabiskan duit cukai rakyat dan macam-macam lagi. Ada lagi cakap kerja kerajaan tak mencabarlah, senang sangatlah, boleh goyang kakilah, boleh goyang telur lah dan sebagainya. Masa aku berfikiran sempit pun, aku berpandangan macam tu..huhu.

Jadi benda yang sama jugak aku jumpa masa baca forum pasal bonus kakitangan awam tahun 2009. Tiba-tiba je akan ada satu makhluk yang akan tibai cukup-cukup la kakitangan awam, bermaksud untuk menafikan kelayakan mereka menerima bonus. Diorang mesti akan cakap kakitangan awam ni tak tau nak bersyukur lah, kufur lah sebab asyik meminta-minta je. Lepas tu diorang mesti cakap, "Asyik-asyik bila bentang Belanjawan Negara, mesti fokus pada kakitangan awam. Habis tu, orang kerja swasta bukan rakyat Malaysia ke?". Aku tak nafikan, memang betul sebab aku pun sekarang kerja swasta. 2 tahun kerja, satu haram bonus apekejadah tak pernah aku dapat. Bila dengar kawan-kawan cerita pasal bonus, sakit beb hati aku. Bukan sebab dengki, tapi hati sakit sebab sedih..haha!!

Jadi kali ni, aku fokus bab bonus untuk kakitangan awam dulu la. Dalam forum yang aku cakap tu, kakitangan awam kebanyakannya mengeluh, cakap kerajaan kedekut la, kerajaan dah membazir duit kat benda lain la. Ada tu dapat sikit mengeluh jugak, katanya mana nak 'cover' dengan kos sara diri yang semakin meningkat. Kalau yang anti@jaki kakitangan awam pulak, akan cakap benda-benda yang aku dah tulis kat 2 perenggan sebelum ni. Ada tu yang nak hina-hina profession kakitangan awam (tak mencabar, senang nak mampus kerja). Ada yang macam ala-ala alim, akan suruh kakitangan awam bersyukur la, terima seadanya la. Macam-macam komen la yang ada sampai ada yang terlalu emo jugak la aku baca komen diorang. Pada pendapat aku, tak boleh nak cakap siapa yang betul, siapa yang salah kat forum tu. Orang bagi pendapat, macam aku cakap tadi, berdasarkan pengalaman. Mungkin ada segelintir yang bagi pendapat berdasarkan stereotaip yang dia dengar masa borak-borak kat kedai kopi. Jadi sesiapa pun boleh jadi salah mahupun betul. Tapi, berkenaan dengan bonus untuk kakitangan awam, aku ada pandangan aku sendiri.

Pandangan aku berasaskan pengalaman & senario yang aku nampak, bukan sekadar dengar-dengar orang cakap. Tapi tak semestinya betul. Pasal bonus untuk kakitangan awam ni, aku pun tak berapa setuju dengan apa yang kerajaan buat sekarang. Bonus diberi kepada semua staf tanpa ada prejudis langsung. Kedengaran macam elok bunyinya, tapi hakikatnya tidak. Ramai orang tak setuju dengan cara ni, terutamanya mereka yang berkhidmat dalam sektor swasta. Tapi aku rasa pelik jugak kenapa diorang selalu tak puas hati. Sebab aku rasa kalau kat syarikat swasta pun, bila bonus, mesti semua staf dapat kan? Betulkan kalau aku salah sebab sepanjang 2 tahun aku jadi kakitangan swasta ni, aku tak pernah langsung dapat bonus. Mungkin berbeza pada jumlahnya, tapi aku rasa semua dapat kan? Tapi mungkin mereka berpendapat macam tu sebab diorang dah biasa stereotaipkan kakitangan awam sebagai pemalas, buat kerja senang & macam-macam lagi 'statement' negatif, maka mereka ni tak layak dapat bonus. Habis tu, semua ke yang kerja swasta tu rajin nak mampus & kerjanya susah gila babi? Aku walaupun baru je bekerja 2 tahun, aku tau la jugak politik dalam syarikat swasta. Jangan ingat bila kerja syarikat swasta, dengan gunakan alasan syarikat swasta 'run for profit', maka semua pekerjanya rajin nak mampus. Ada jugak bangsa-bangsa yang mempunyai sifat-sifat yang kebanyakan kita 'generalized'kan pada kakitangan awam. Jenis ambik mudah, buat kerja asal boleh, banyak gebang dari buat kerja. Tapi kenapa kita susah nak nampak? Sebab kakitangan awam kebanyakkannya bekerja dalam memberi perkhidmatan, yang selalu tercongok kat depan kaunter semua tu. Tu je yang kita selalu nampak. Berbeza sama sekali dengan kakitangan swasta. Kalau kerja kat kilang tu, ingat semua ke yang betul-betul kerja? Kalau ada yang mengular, siapa je yang nak nampak? Aku bukan nak menyebelahi kakitangan awam, tapi aku nak kita semua jadi 'open minded' sikit, jangan suka stereotaipkan sesetengah golongan.

Pada aku kalau nak senang, kerajaan sikit-sikit cuba la praktikkan apa yang dipraktikkan di sektor swasta. Aku rasa pengenalan KPI (Key Performance Indicator) ke atas kakitangan awam adalah satu permulaan yang agak baik, walaupun ia dah lama digunakan di sektor swasta. Jadikan KPI sebagai batu ukur dalam pemberian bonus pada kakitangan awam. Yang betul-betul cemerlang, bagi la lebih. Yang sedang-sedang saja, bagi la biasa-biasa. Yang memang hampeh, bagi la ciput je, atau lagi elok jangan bagi je terus. Lagi bagus bagi macam ni. Sepatutnya, bila yang ekstra cemerlang diberi lebih, dapat la sikit sebanyak memotivasikan mereka yang sedang-sedang & hampeh tu. Tapi, mungkin susah kot bab nak memotivasikan tu. Takut yang timbul nanti PHD (perasaan hasad dengki) la pulak..huhu. Tapi kalau betul-betul buat macam tu, orang yang anti@jaki kakitangan awam ni dah takde la nak komplen apa-apa lagi.

Sebenarnya pendapat yang aku bagi tu nampak je macam mudah. Tapi aku tak tau la, sebenarnya susah ke nak buat macam tu? Daripada asyik ada je golongan anti@jaki kakitangan awam benda yang diorang nak komen, baik kerajaan buat je macam apa yang dibuat kat sektor swasta. Baru la nampak adil kan? Tapi kalau masih tak ada perubahan, aku tak tau la nak cakap macam mana lagi. Aku pun pernah rasa tak puas hati dengan servis sektor awam (masa ambil IC baru, masa temankan isteri aku buat surat beranak baru), sebab akak@abang kat kaunter suke buat muka macam kalah judi & cakap macam kita meminta sedekah dengan dia. Tapi tak semua macam tu. Aku masih hormat & hargai jasa sebahagian dari kaki tangan awam, seperti polis trafik yang setiap pagi & petang ada jaga jalan sibuk yang aku guna untuk pergi kerja setiap hari. Kesimpulannya ingat la pepatah Melayu lama, 'Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Jangan sebab sebahagian kakitangan awam macam taik, semua sekali tak dapat bonus.

-Sekian, salam-

Monday, October 26, 2009

1 MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera,

1 Malaysia, slogan baru untuk rakyat Malaysia. Diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang. Ni semua gara-gara keretakan hubungan antara kaum, terutamanya yang majoriti (Melayu, Cina, India). Kadang-kadang aku rasa pelik jugak, samada betul ke antara kita yang berlainan kaum ni, ada masalah ke antara satu sama lain. Buat masa ni, aku bekerja dekat syarikat kaum Cina. Mungkin bukan semua, tapi sebahagian daripada diorang memang baik je. Takde masalah pun dengan orang Melayu yang bekerja kat sini. Tapi pada masa yang sama, bila aku baca blog, aku tengok seolah-olah masalah perkauman ni macam makin teruk pulak. Blog orang Cina kutuk Melayu, blog India kutuk Cina (contoh sahaja). Tapi yang canggih blog Melayu la, sebab kutuk kaum lain & kaum sendiri (yang tidak sama aliran politik) jugak.

Aku sebagai seorang rakyat Malaysia yang lahir pada zaman 80-an amat sedih bila melihat benda ni berlaku. Teringat aku zaman dulu-dulu masa aku sekolah rendah sampai la ke menengah bawah. Nak kata ramai tak la jugak, tapi kira ada jugak la aku berkawan baik dengan mereka yang berlainan kaum. Bagi aku diorang tu kira kawan baik la, tak tau la kalau diorang tak pernah anggap aku kawan baik..huhu. Antara nama yang aku ingat, Saravanan, Tan Teck Hong, Gan Ming Lee, Chong Wai Sun, Teo Soon Chye (tak ingat sangat ejaannya), Cheryl (bukan Cheryl Samad), Alexander Wong Ming Fei (keturunan Wong Fei Hong). Sebenarnya ramai lagi, tapi aku tak ingat dah nama sebab aku dah tua. Ada sorang tu Cina yang kurus gila, & kalau gelak mesti ade iras-iras Smeagol sikit la. Pastu ada lak adik beradik lelaki & perempuan India ni pun aku dah tak ingat nama diorang. Walaupun dah 'lost contact' aku masih anggap diorang ni kawan aku & aku berharap dapat jumpa diorang balik.

Diorang semua ni kawan-kawan aku yang berlainan kaum yang aku kenal dari sekolah rendah sampai la ke menengah bawah (tingkatan 3). Lepas tu aku masuk MRSM. Jeng..jeng..jeng...dari sini la aku 'start' takde kawan selain daripada orang Melayu. Seperti yang diketahui, masa zaman aku MRSM dulu, semua pelajar adalah orang Melayu, belum ada lagi kuota 10% bukan bumiputera. Lepas habis SPM, masa ambik A-Level, pun aku takde kawan bukan Melayu. Yang ada cuma kenalan, kenal-kenal dalam kelas. Kemudian belajar@buang masa kat Taylor's College pun aku takde kawan bukan Melayu walaupun kat situ nisbah Melayu:Cina ataupun Melayu:India amatlah rendah. Aku tak tau kenapa, tapi lepas dari MRSM aku macam susah nak berkawan rapat dengan bukan Melayu. Pelik tapi benar. Mungkin masa kat MRSM dulu aku telah ter'develop' satu sikap yang memang bangsat habis iaitu anti kaum lain. Aku mengaku dulu aku selalu stereotaipkan kaum selain dari Melayu. Cina penipu, India perompak. Tapi itu dulu ok. Sekarang aku dah berubah sikit..huhu. Aku tak bermaksud nak kata MRSM mendidik aku jadi seorang rasis, tapi mungkin tempoh masa selama 2 tahun bergelumang hanya bersama orang Melayu menjadikan aku rasis secara diam. Mesti ada orang yang tak setuju dengan pendapat aku, tapi lantak lah. Pendapat cuma sekadar pendapat, ia bukannya fakta.

Aku tak kata MRSM, atau sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang masih wujud sekarang menjadi punca keretakan hubungan antara kaum kat Malaysia. Bagi aku semuanya terletak pada individu tu sendiri. Macam mana kita bereaksi terhadap sekeliling kita. Aku, lepas masuk MRSM, asyik bergaul dengan Melayu je, bila keluar, tak berapa nak reti bergaul dengan bukan Melayu. Jadi, aku salahkan diri aku sendiri je. Aku sebenarnya tak kisah pun nak berkawan dengan bukan Melayu, tapi aku tak berani je nak mulakan. Nak tau sebab apa? Sebab kita semua tahu, kaum masing-masing ada interpretasi sendiri untuk kaum yang lain. Contoh aku bagi, Melayu selalunya dianggap malas & bodoh oleh kaum lain. Cina dianggap pengotor, berlagak & penipu besar oleh kaum lain. India dianggap perosak & penyamun oleh kaum lain. Jadi contoh bila aku (seorang Melayu) nak baik-baik dengan orang Cina, aku risau, sebab nak ke diorang kawan dengan aku, mesti diorang ingat aku ni bodoh & malas, nak kawan sebab nak meniru 'assignment'. Ni lah dia yang menyebabkan aku susah nak berkawan dengan bangsa lain, sebab ada bisikan-bisikan syaitan durjana yang buat aku prasangka buruk (salahkan syaitan pulak..huhu..). Aku tak tau la orang lain macam mana, tapi bagi aku, itu lah punca masalah aku.

Kesimpulannya, aku sedih dengan keadaan zaman sekarang ni. Masing-masing sibuk kononnya nak hak masing-masing. Yang ini nak gulingkan Raja lah, yang itu nak kekalkan ketuanan apekejadah lah. Kenapa macam tu? Sebab masing-masing asyik duduk dalam kelompok masing-masing. Tak pernah nak ambik tau pasal kelompok lain. Disebabkan kononnya nak hak sama rata lah, sebab nak kekalkan ketuanan apekejadah lah, hubungan antara kaum kat Malaysia ni jadi tak baik. Sebenarnya bukan senang tau nak uruskan soal hak-hak ni. Kalau ye pun hak sama rata diamalkan, apa jaminan yang ia akan bersifat adil terhadap semua orang? Apa yang dikatakan hak sama rata tu sebenarnya? Ia tak semudah sepertimana yang kebanyakan orang bising-bisingkan kat luar tu. Bila kononnya hak tak diberikan sama rata, mulalah yang ini cakap yang itu rasis, yang itu cakap itu rasis. Tau tak sesiapa yang melabel orang lain rasis, orang yang melabel tu pun adalah rasis sebenarnya. Banyak boleh dihuraikan dari topik kat atas ni. Tapi insyaAllah aku akan tulis dalam 'post' lain (macam la ada orang nak baca..haha!!). Apa-apa pun, aku harap tak akan berlaku lagi peristiwa 13 Mei 69'. Walaupun aku belum lahir lagi masa tu, aku boleh agak-agak lah macam mana keadaan masa tu. Em...kenapa tak ada orang nak buat filem pasal 13 Mei? Sensitif sangat ke? Aku rasa ada elok dibuat untuk tujuan pengajaran. Lagi satu aku selalu tertanya-tanya. Betul ke antara kaum kat Malaysia ni tegang hubungannya? Atau sebenarnya mula-mula elok, tapi sengaja diapi-apikan oleh golongan tertentu, untuk kepentingan politik & kuasa? Entahlah.....

-Sekian, salam-

*masa kat Uniten akhirnya aku ada sorang kawan bukan Melayu yang agak rapat jugak lah. Tapi rapat-rapat pun, aku boleh terlupa nak jemput datang kenduri kahwin aku. Nama dia Balamoorthy. Nama glamour dia Bala, suka hip hop. Tapi sempat baik-baik masa tu pun dah nak habis pengajian pun. Apa-apahal pun dia memang cool sebab dia suka tolong aku supply barang..hahaha!!!*

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI DATANG

Assalamualaikum & salam,

Dengan ini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu yang telah meluangkan masa pada 24hb Oktober 2009, datang & memeriahkan kenduri perkahwinan antara saya & isteri tercinta, Juraidah Hashim. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan saya berharap agar mereka yang mengenali kami, doakan la kebahagiaan kami dunia & akhirat.

-Sekian-

Wednesday, October 21, 2009

PENGANGKUTAN AWAM

Assalamualaikum & salam,

Aku rasa semua orang pun tau tahap mana perkhidmatan pengangkutan awam kat negara kita ni. Dan aku rasa hampir semua orang akan setuju kalau dikatakan perkhidmatannya tidak lah sebagus mana. Hanya orang yang 'sekali-sekala mengada-ngada nak guna pengangkutan awam untuk buktikan perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik je' yang tak bersetuju dengan pendapat di atas. Aku rasa nak penampar je makhluk yang tak berapa pandai macam tu. Aku pernah la merasa naik pengangkutan awam ni on daily basis. So aku rasa pengalaman aku boleh la diguna pakai serba sedikit.

Aku guna KTM komuter masa aku belajar (buang masa) kat Taylor's College. Tiap-tiap hari seawal 6.30a.m aku akan menuju ke stesen komuter Seksyen 19 Shah Alam dihantar oleh ayah aku. Kalau ayah takde, abang aku pulak jadi mangsa. Kalau dah takde sesiapa untuk dijadikan mangsa, terpaksa lah aku naik bas mini. Samada dihantar atau naik bas mini, aku kena berhenti kat jalan besar depan Sekolah Menengah Seksyen 18 dan menapak ke stesen komuter. Boleh tahan jauh jugak la, tapi sebab masa tu aku muda remaja, jadi itu tak jadi satu isu. Destinasi aku adalah stesen Subang Jaya. Ambil masa 10 minit je seingat aku. Kalau kerusi penuh pun aku tak kisah sangat, masa perjalanan sekejap je. Tapi yang aku tak berapa nak gemar lepas turun kat stesen Subang Jaya. Aku terpaksa menapak dari stesen Subang Jaya ke kolej. Jauh gila tu. 5 hari seminggu pulak tu dan pergi balik lagi. Aku rasa ada perkhidmatan bas dekat stesen Subang Jaya tu, tapi tak tau pulak kalau bas tu lalu depan kolej ke tak.

Point aku kat sini, tak semestinya pengangkutan awam tu adalah pilihan terbaik untuk pengguna bila hendak ke satu-satu tempat. Bila sebut pengangkutan awam, aku mesti akan fokus pada pengangkutan macam komuter, LRT sahaja. Teksi memang aku tak berapa nak ambik tau, kecuali kalau terdesak gila, memandangkan tambang yang paling tinggi berbanding yang lain. Bas pulak sebab masa ketibaannya yang tak menentu, maka menyukarkan aku bajet masa. Tapi tak bermakna pengangkutan macam komuter & LRT takde kelemahannya. Bagi aku, soal orang bersesak-sesak dalam tren komuter/LRT, tu bukan satu masalah yang serius. Itu bagus namanya, sebab menunjukkan betapa rakyat Malaysia ni menyokong penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam. Masalah yang sebenarnya adalah tempat-tempat yang dilalui oleh komuter/LRT ni. Coverage komuter/LRT pada pendapat aku tak seluas bas. Dalam erti kata lain, destinasi bila naik komuter/LRT lebih terhad daripada menaiki bas.

Kenapa jadi macam ni? Pada pendapat aku sebab pembangunan yang terlalu rancak dekat sebahagian tempat. Mungkin jaringan perkhidmatan komuter/LRT kurang diberikan perhatian dalam rancangan pembangunan sesebuah bandar. Tapi aku tak rasa itu adalah satu penghalang untuk Malaysia memperolehi perkhidmatan pengangkutan awam kelas pertama. Bagi aku penggunaan pengangkutan seperti komuter & LRT perlu dilengkapi dengan perkhidmatan seperti bas & teksi. Dan aku rasa, benda ni memang dah dilakukan pun sebenarnya, tetapi hanya tertumpu pada bandar-bandar besar, contohnya Kuala Lumpur. Macam mana dengan tempat-tempat luar dari KL? Masa aku belajar kat Taylor's College dulu, bas pun tak masuk ke dalam stesen komuter Seksyen 19. Tapi aku rasa sekarang ni dah ada, perubahan yang baik. Tapi bukan semua tempat mengalami perubahan macam tu aku rasa.

Maknanya di sini, mengikut pendapat aku la, perkhidmatan bas masih lagi penting. Bagi aku, salah satu cara kerajaan boleh mantapkan lagi khidmat pengangkutan awam negara kita ini adalah dengan menaik tarafkan perkhidmatan bas. Tapi perlu diingat, kalau naik taraf khidmat, tak semestinya kena naikkan bayaran untuk khidmat tu. Dulu aku pernah berpendapat, lagi elok naik tarafkan khidmat bas daripada sibuk nak fikir macam mana nak mengefisienkan lagi khidmat komuter/LRT. Bila orang dengar pendapat aku, diorang cakap buat apa, jalan raya masih sesak, kan bas lalu jalan raya jugak. Aku pulak fikir, kenapa jalan tu sesak? Mesti la sebab orang tak yakin dengan pengangkutan awam negara kita. Nak naik komuter/LRT, bukannya semua tempat berhenti. Kalau boleh semua nak komuter/LRT ni berhenti betul-betul depan pintu pejabat diorang. Nak naik bas, nanti sangkut kat kesesakan lalulintas pulak, tak pun, bas lembap, tak ikut waktu yang sepatutnya. Jadi yang pentingnya di sini, kerajaan cuba naik tarafkan dulu servis (dah penat nak taip perkhidmatan) bas, kalau boleh, cuba integrasikan dengan servis komuter/LRT. Naik taraf ni yang paling penting ialah 'availability' bas tu pada waktu yang tepat, bas yang selesa dan apa-apa yang rakyat nak la. Kemudian, khabarkan la tentang kemudahan yang dinaik tarafkan ni, jangan senyap je. Guna la media-media yang ada. Jangan asyik guna media untuk sebar propaganda palsu, gaduh sana, gaduh sini, kutuk sana, keji sini. Lama-kelamaan, orang akan tau dan kemudian cuba untuk gunakan pengangkutan awam. Bila dah ramai cuba, mesti jalan raya pun kurang sesak. Bila jalan raya dah tak sesak, lepas tu bas punya servis pun dah tip-top, makin ramai la yang nak guna pengangkutan awam, tak kira la komuter ke, LRT ke, bas ke. Kan bagus tu.

Cadangan aku ni mungkin tak realistik pada pandangan orang lain. Tapi ini cuma cadangan sahaja. Aku sendiri lagi suka naik pengangkutan awam lebih-lebih lagi pergi kerja. Tapi kat Ara Damansara ni aku tak pernah nampak lagi bas masuk. Samada memang takde bas masuk atau kadar kemasukannya agak rendah ke kawasan tersebut. Aku selalu nampak pekerja-pekerja dari luar negara (Indonesia, Bangladesh dll) keluar dari bas dekat jalan besar, lepas tu menapak ke dalam. Komuter ke, LRT ke memang tak wujud lagi la kat tempat kerja aku tu. Aku harap sangat keadaan ni akan berubah sebab aku tengok jalan raya sekarang makin parah kesesakannya. Bayangkan pukul 10 malam pun boleh sesak dekat Lebuhraya Persekutuan. Maknanya saban hari keyakinan rakyat terhadap servis pengangkutan awam makin hilang. Semua orang nak pergi mana-mana, lagi selesa naik kenderaan sendiri. Ada jalan yang aku selalu lalu 2 tahun lepas lengang je, tapi sekarang asyik-asyik sesak. Kat situ dah terbukti makin hari makin banyak kenderaan yang bertambah kat jalan raya kita. Aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya kerajaan ada jugak buat projek komuter, LRT semua. Tapi aku lebih berharap lagi akan ada 'improvement' pada servis pengangkutan awam kita. InsyaAllah, kalau ada kemajuan, makin ramai rakyat yang akan sokong & suka gunakan pengangkutan awam.

-Sekian-

Monday, October 19, 2009

PEMBIAYAAN BANK

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Aku rasa semua orang tau pasal pembiayaan bank. Perkataan mudahnya pinjaman bank je. Tapi aku tak tau la sejak bila bank-bank mula guna perkataan 'pembiayaan'. Dulu aku fikir makna pinjaman & pembiayaan tu sama je. Rupa-rupanya tidak. Mungkin tidak!! Aku malas nak berhujah benda-benda yang melibatkan hukum-hakam agama ni, ilmu tak cukup, iman pun lemah. Pendek kata la kan, kalau namanya pembiayaan, maka faedah yang dikenakan tu dibenarkan, tak haram, tidak dipanggil riba'. Lain pulak kalau namanya pinjaman. Aku tak tau sejauh mana benarnya pernyataan di atas. Tapi aku berharap sangat kalau ada sesiapa yang tau pasal benda ni, sila-silalah terangkan pada aku yang jahil ini.

Ada la pada satu masa dulu, dalam tahun ni jugak la, masa aku bujang lagi, aku tengok satu slot dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) kat TV3. Ada satu slot khas tu, MHI akan panggil sorang ni, botak licin jugak kepala dia & aku rasa dia kerja sebagai peguam kot, untuk datang & cerita pasal masalah-masalah hutang ni. Aku suka jugak dengar benda-benda yang dia cakap & nasihat kat orang yang ada masalah hutang ni (bukan hutang dengan along ok, tapi hutang dengan bank). Dia cakap masalah orang Malaysia ni, bila ada masalah nak bayar hutang bulan-bulan dekat bank, selalunya diorang akan lari, cuba hilangkan diri dari pihak bank. Cara tu cuma akan menambah parah je pada masalah mereka. Langkah yang terbaik sepatutnya dilakukan ialah dengan berjumpa dengan pihak bank, beritahu masalah mereka, yang menyebabkan diorang tak mampu nak bayar hutang tu untuk sementara waktu (masa tu ekonomi gawat gila, ramai orang yang diberhentikan kerja). Pihak bank mungkin akan mempertimbangkan masalah mereka & melakukan sesuatu agar kedua-dua pihak dapat manfaatnya. Itu kata saudara peguam botak tu la ok, bukan aku.

Persoalannya kat sini, betul ke bank akan tolong kita, bila kita jumpa & beritahu masalah kita kat diorang? Nak ke diorang bagi kelonggaran pada kita untuk sementara waktu sampai la kita bole sambung balik bayar hutang bulan-bulan tu? Aku ada kenal sorang ni. Dia ada masalah nak bayar pinjaman kereta dia sebab dia takde kerja (dan dalam proses mencari kerja sambil buat kerja, bukan duduk senang lenang goyang kaki kat rumah). Sebelum ni dia dah kerja, tapi sebab ada masalah dekat syarikat tempat kerja dia, dia dah takde kerja. Selama ni dia bayar pinjaman dia tiap-tiap bulan, tak pernah terlepas mahupun terlewat. Kira rekod memang bersih gila la. Tapi kali ni je dia ada tersangkut sikit berikutan kehilangan kerja. Aku nasihatkan dia untuk pergi bank, sebab nak ikut nasihat peguam botak tu la. Dia pun ikut la cadangan aku tu. Berikut adalah perbualan antara kenalan aku ni & pegawai bank yang layan dia (aku reka-reka ikut apa yang aku dengar je):

Kenalan
Pegawai bank

Saya ada masalah nak bayar duit pinjaman kereta bulan ni la. Buat masa ni saya tak bekerja lagi, tapi tengah kerja & cari kerja buat masa yang sama

Owh, ye ke. Jadi apa yang pihak kami boleh bantu?

Saya harap pihak bank dapatlah tolong saya mana yang patut. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu ni, sebelum saya dapat duit dari kerja sampingan saya atau sampai saya dapat kerja lain.

Kami pun tak tau lah macam mana kami boleh bantu.

Saya dengar pihak bank boleh bagi kelonggaran kalau ada masalah untuk bayar pinjaman, mungkin tangguhkan bayaran dulu ke.

Maaf la ye dik. Saya pun tak tau macam mana nak bantu. Kalau adik ada kenal orang dalam ke yang ada pangkat-pangkat besar, senang la kot nak selesaikan masalah ni. Kalau pangkat pegawai macam saya ni, memang tak boleh nak buat apa-apa la.

Macam ni la dik, jangan risau. Standard procedure kami akan tunggu sampai adik tak bayar pinjaman selama 2 bulan, tambah 21 hari lagi, baru kami hantar surat notis amaran sebelum kereta ditarik. Jadi sekarang ni adik tak payah risau sangat ye.

Kenalan aku dah tak tau nak cakap apa lepas tu. Rupa-rupanya setakat itu sahaja pertolongan & pertimbangan yang boleh diberikan oleh pihak bank untuk orang yang ada masalah. Dalam keadaan macam tu pun, nak kena ada kenal orang dalam pangkat besar, baru boleh dipertimbangkan dengan sewajar-wajarnya. Aku pun hairan, betul ke apa yang mamat peguam botak tu cakap? Dia cakap pihak bank boleh tolong kalau kita tampil. Kenalan aku ni dah tampil seawal-awalnya sebelum bank keluar surat notis ke apa ke, tapi yang dia dapat habuk je, kecewa je. Apa hal?!!

Aku rasa betul la apa yang pernah dinukilkan oleh blogger Teh Tarik Gelas Besar. Sebenarnya pihak bank ni sama je macam along-along yang iklan bersepah-sepah kat tiang lampu tu. Beza cuma pada pemakaian sahaja. Aku lupa, pihak bank ni pun beroperasi untuk kaut untung sahaja. Aku tak tau la samada pihak bank ni peduli ke tidak macam mana keadaan si peminjam ni, jenis yang sentiasa bayar tepat pada masanya ke, orang susah ke, ape ke. Yang penting tiap-tiap bulan, diorang bayar pinjaman tu. Tak kesah la kalau anak bini diorang kene makan pasir ke, batu ke lepas tu.

Kesimpulannya, aku sendiri dah tak yakin dengan nasihat-nasihat yang diberi oleh mamat peguam botak tu. Atau mungkin dia terlupa nak jelaskan lagi satu benda, dimana mereka yang ada masalah nak bayar pinjaman bank perlu kenal dengan orang dalam yang berpangkat besar sebelum pihak bank pertimbangkan masalah mereka. Dalam kes kenalan aku ni, aku rasa masalah dia patut dipertimbangkan. Sebab lepas dia takde kerja, dia still buat kerja lain walaupun pendapatannya tak menentu. Pada masa yang sama dia cuba cari kerja lain. Tapi paham-paham la dalam keadaan ekonomi sekarang, bukan senang nak dapat kerja. Entahlah, mungkin dalam dunia korporat yang serba serbi palsu & kejam ni, memang takde ruang langsung untuk sifat belas kasihan terhadap orang-orang yang betul sesak.

-Sekian-

Friday, October 16, 2009

JEMPUTAN KAHWIN

Assalamualaikum, Buat sahabat2 semua yang reply address hari tu. Saya nak mintak maaf atas kelewatan saya mengirimkan kad undangan perkahwinan. Saya baru je poskan minggu ni. InsyaAllah dalam minggu depan akan sampai ke alamat2 saudara/saudari.

Sebagai back-up plan kalau2 kad x sempat sampai sebelum tarikh majlis saya, saya anto kad thru email je. huhu.....


Tarikh majlis : 24hb Oktober 2009

Masa : 12.00 p.m - 4.00 p.m

Lokasi : Dewan MBSA Seksyen 23

Sila klik imej di bawah :-



Monday, October 12, 2009

DEBAR AKAD NIKAH..KHAS UNTUK BAKAL PENGANTIN LELAKI

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Semenjak dua menjak ni, aku rasa macam banyak gila orang yang telah mendirikan rumahtangga. Saudara-mara, kawan-kawan, jiran-jiran, ada je yang kahwin. Jenuh nak memenuhi jemputan. Dan alhamdulillah, aku pun baru je kahwin, saja nak hebahkan kat internet. Kan dalam Islam menggalakkan kita hebahkan berita perkahwinan. Tu sebab lah disuruh adakan kenduri. Tapi sebab internet pun tak kurang hebatnya, aku guna jugaklah..haha!! Sesiapa yang mengenali aku & pasangan isteri, doakan lah kebahagiaan kami dunia & akhirat ye.

Aku teringin nak tulis pasal saat-saat aku masa nak akad nikah hari tu. Untuk orang yang dah ada pengalaman sekali, 2 kali, 3 kali mahupun 4 kali, mungkin korang hadapi benda yang sama. Kalau tak, takpelah, mungkin aku sorang je yang rasa macam tu. Lama sebelum majlis akad nikah, maksud aku dari lepas masa tunang sampai lah nak tinggal seminggu je lagi majlis akad nikah, aku boleh buat selambe je lagi. Kiranya aku ambik mudah la akad nikah tu. Siap buat 'mock rehearsal' lagi depan bini aku (masa tu tunang lagi) banyak kali. Lancar je lafaz aku. Siap gelak-gelak lagi..haha!! Masa tu rasa yakin gila dah. Konon-konon tak ada masalah lah masa betul-betul nanti. Bajet sekali lafaz je, selesai dah. Aku ingat lagi, bini aku pernah tanya samada aku dah betul-betul yakin ke untuk akad nikah nanti. Aku dengan muka yakin (bini aku cakap muka berlagak) jawab boleh, takde masalah, sambil disisip dengan senyuman riak sikit je.

Tapi bila dah masuk tempoh lagi seminggu nak majlis akad nikah, aku macam ada rasa sikit gementar. Tapi bila cuba lafaz akad nikah, masih lancar, masih fasih. Aku pun tak tau apa yang tak kena, tapi buat tak tau je. Dalam tempoh seminggu tu aku beriya jugak la berlatih lafaz ijab & qabul tu sorang-sorang. Tak mau la nak tunjuk cuak depan bakal bini..haha!!

Pejam celik pejam celik, sampai dah hari aku nak bernikah. Masa siap-siap dekat rumah sewa tu, aku cuba-cuba jugak la lafaz. Masa tu baru aku perasan aku agak tergagap-gagap. Adoi....tiba-tiba je nak tergagap pulak. Tapi masa tu jantung aku tak berdegup kencang lagi, maintain cool lagi. Bertolak pergi masjid (akad nikah kat masjid), solat Asar dulu. Masa tu ok lagi, belum berpeluh walaupun masjid tu agak panas keadaannya. Tapi, bila aku jenguk dekat luar masjid & ternampak keluarga belah perempuan, aku mula cuak nak mampus. Jantung debar memang tak ingat punya lah. Aku masuk dalam masjid balik. Duduk bagi tenang sekejap. Lepas tu nampak lah sorang sorang mula masuk. Nampak jugak bakal bini masa tu. Memang cantik, tapi tak mampu nak hayati kecantikan itu. Cuak mengatasi segalanya..huhu.

Lama kelamaan, penuh lah masjid tu dengan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Bila masuk je tok kadi, bertambah lah nervous aku masa tu. Muka kadi lak memang nampak garang gila. Masa tu bini aku mentioned la, "kalau kene tumbuk pun muka masa tu, agaknya tak rasa apa pun". Haha!! Aku rasa statement tu tipu la, tapi kalau betul kene tumbuk masa tu, mungkin aku takde masa la nak balas balik tumbukan si penumbuk. Nervous aku lagi hebat kot dari penumbuk tu. Bakal abang ipar aku sempat la nasihatkan aku, bagi tips saat-saat akhir. Dia cakap, "Nanti masa akad nikah, jangan pandang muka kadi straight kat mata dia. Tunduk sikit, try tengok tangan yang kita salam". Aku pun ikut je la.

Akhirnya aku berjaya diijab & qabulkan dengan sekali lafaz je (ni memang statement berlagak, ikhlas dari aku). Walaupun ada tersengal sikit, sampai ada saksi yang cuba membuat aku kena lafaz akad kali ke-2, namun ternyata kuasa tok kadi lebih mutlak..hahaha!!!! Maka pada 3hb Oktober 2009, terikat lah di antara Norhaizad Ab Rahman & Juraidah Hashim sebagai pasangan suami isteri yang sah di sisi agama Islam (jangan lupa, sekali lafaz sahaja..haha!!).

Kesimpulannya, aku nak cakap di sini, akad nikah ni sebenarnya tak lah semudah yang aku (dan mungkin jugak korang sekali) sangkakan. Member aku Hahahatta siap cakap lagi, "Owh, dulu kau boleh lah berlagak tak cuak masa exam Heat la, Thermo lah. Tapi baru kau tau kecuakan nak akad nikah, sampai berpeluh-peluh". Macam tu lah lebih kurang ayat dia. Serius memang cuak gila. Bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, bersiap sedia lah. Tapi dalam perkahwinan ni, akad nikah ni baru benda kecik je. Masih banyak benda-benda yang lagi besar & sukar perlu dihadapi setelah bergelar suami isteri nanti (cakap macam dah lama kahwin je..huhu). Tapi aku ni kira bernasib baik lah sebab dapat tok kadi muka garang tapi sebenarnya 'cool'. Nasib lah kalau ada antara kamu yang berjaya terdapat tok kadi yang suka sangat interview pengantin. Baca lah balik buku yang kita dapat masa pergi kursus kahwin tu..haha!!!

-Sekian-

MAKAN DUIT HARAM

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Awal-awal dulu aku ada tulis pasal sewa dewan MBSA kat Shah Alam. Aku cerita pasal sewa dewan MBSA yang tersangatlah mahalnya sebab MBSA dah kontrakkan dewan tu pada orang persendirian. Ni link dia. Kali ni aku nak tulis pulak pasal benda yang ada sangkut paut dengan sewa dewan MBSA ni.

Semalam aku pergi hantar kad jemputan kahwin & beraya sekali rumah sedara mak kat Klang. Rupa-rupanya dia ni suami isteri kerja Majlis Bandaraya/Perbandaran. Suami kerja MBSA & isteri pulak kerja MPSJ. Al-kisahnya lepas bagi kad jemputan, mestilah orang tanya buat majlis kat mana. Bila dah cakap buat kat dewan MBSA Seksyen 23, maka keluarlah soalan lazim, "Nape tak buat kat dewan Seksyen 17 tu?". Maka terpaksalah aku menjawab, "Mahal sangat, tak mampu". Kadang-kadang orang akan pelik lagi bila dengar jawapan tu, sebab dewan yang aku sewa sama je dengan dewan kat Seksyen 17. Lalu, ayah pun mula bercerita pasal dewan-dewan MBSA yang telah dikontrakkan kepada orang persendirian. Maka fahamlah mereka yang pada mulanya rasa amat terkeliru.

Bila dah dengar penjelasan ayah aku, barulah sedara mak ni nak bukak cerita. Walaupun dia bukan menguruskan soal sewa dewan MBSA ni, sedikit sebanyak dia tau lah pasal isu ni. Mungkin dia cuba nak 'backing' MBSA, aku pun tak tau lah, tapi dari penjelasan dia, seolah-olah MBSA TERPAKSA kontrakkan sewa dewan MBSA tu pada orang luar. Sebelum ni, memang MBSA uruskan sendiri soal sewa dewan MBSA. Setiap dewan akan diamanahkan kepada seorang pegawai dari MBSA untuk diuruskan. Masalah timbul bila kawalan terhadap pegawai tak dapat dilakukan. Katakan dalam sebulan, dewan kat Seksyen 17 tu sepatutnya ada 5 hari disewa untuk majlis makan-makan, i.e. kenduri kahwin & ada 20 jam disewa untuk main badminton. Tapi yang ada dalam rekod cuma 2 hari sewa majlis, 10 jam saja untuk sewa main badminton. Yang lain tu rekod entah ke mana, duit pun entah ke mana. Penyelenggaraan masih di bawah tanggungan MBSA. Dalam rekod dewan macam tak selalu pakai, tapi penyelenggaraan yang perlu dilakukan macam banyak kali dah guna. Maka MBSA mengambil langkah untuk kontrakkan urusan sewa dewan ni pada orang persendirian. Kos penyelenggaraan masih di bawah MBSA tapi untung daripada kontrak melebihi kos tersebut. Tambahan pula pendapatan yang stabil untuk MBSA setiap bulan.

Di sini kita boleh nampak betapa penyelewengan daripada segelintir pihak telah menyusahkan beberapa pihak yang lain (penyewa), namun masih ada segelintir yang memperolehi keuntungan (pemegang kontrak). Aku tak tau samada benda ni betul atau tak, tapi ada logiknya penjelasan sedara mak ni. Soal makan duit ni bukan setakat kat MBSA & soal sewa dewan je, kat mana-mana pun ada. Dilakukan segelintir manusia yang memperhambakan diri kepada duit. Teras hidup berlandaskan duit SEMATA-MATA (memang kita perlu duit kat dunia, tapi bukan duit semata-mata). Kalau setakat sewa dewan yang sehari sewa RM300 je orang sanggup nak seleweng, bayangkan lah benda-benda yang mencapai nilai sampai berjuta-juta ke. Hebat tahap godaannya tu. Aku akui betapa hebatnya godaan nilai harta benda ni, tapi buat masa ni aku tak tergamak lagi lah nak makan duit haram ni. Aku harap sampai bila-bila pun aku tak sanggup nak makan duit ni. Aku doakan mereka-mereka yang hidup bergelumang dengan makan duit yang tak sepatutnya ni, berhentilah dari buat benda tu. Ni soal benda yang akan jadi darah daging kita. Tak kisah la bangsa apa sekalipun, agama apa sekalipun, aku tak rasa ada satu pun yang membenarkan kita dari makan duit secara haram ni.

Buat MBSA, aku tak rasa penyelesaian terbaik isu sewa dewan ni ialah dengan kontrakkan pada orang persendirian. Langkah ni menunjukkan MBSA cuba untuk lepas tangan, sebab aku rasa MBSA tak pantau pun harga sewa dewan yang diletak oleh pemegang-pemegang kontrak ni. MBSA aku rasa adalah satu badan di bawah kerajaan negeri, kira kerajaan jugak la kan, huhuhu.. Sepatutnya biarlah MBSA sendiri yang uruskan. Barulah rakyat dapat manfaatnya. MBSA patutnya buatlah pemantauan kat pegawai-pegawai MBSA yang diamanahkan untuk uruskan dewan tu. Pastikan mereka dari golongan-golangan yang jujur dalam kerjanya (mungkin ini yang susah agaknya). Sekadar pandangan aku, tak semestinya betul.

Kesimpulannya apa yang aku nampak di sini, rakyat yang rugi. MBSA masih dapat pendapatan hasil kontrak sewa dewan. Pemegang kontrak dapat untung jugak, sebab selalunya harga sewa dewan yang diorang letak memang mantap. Rakyat juga yang terpaksa terima je dengan apa yang ada. Kadang-kadang sedih bila memikirkan rakyat tidak diberikan pilihan yang sewajarnya. Macam keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Bukankah tanggungjawab kerajaan (negeri ke, pusat ke) untuk menyediakan rakyat pilihan yang wajar. Aku rasa kerajaan sekarang ni mengambil kesempatan atas sifat rakyat-rakyat golongan bawahan ni yang selalu senyap je & ikut saja apa yang diberikan oleh pemerintah. Mungkin nak tunggu rakyat memberontak dengan senjata serang pejabat kerajaan baru sibuk-sibuk nak perah otak fikir untuk kebaikan rakyat. Tak lupa juga untuk mengajak mereka yang suka makan duit haram untuk insaf & tak amalkan lagi benda terkutuk tu. Buat yang berjaya kekang diri dari melakukan benda tu, berdoalah supaya terus ditabahkan hati & iman.

-Sekian-

Thursday, October 8, 2009

DIMANAKAH BANTUAN YANG DIJANJIKAN, OH PEMERINTAH.....

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ni aku nak tulis pasal apa yang telah diceritakan oleh ayah & memberi sedikit sebanyak pandangan aku. Pada satu hari Jumaat yang mulia, aku tak ingat 'exact' tarikh, ayah aku pergi menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Amin (lelaki wajib menunaikan solat Jumaat, kalau ada yang masih tak tau atau tak pernah nak ambil tau). Hari tu agak istimewa sikit sebab masjid Al-Amin dikunjungi oleh 'orang besar' (apalah yang besar aku pun tak tau), tak lain tak bukan, Menteri Besar Selangor sendiri, Khalid Ibrahim (aku bantai sebut nama je, tak tau apa gelaran dia. Lagipun apalah yang ada pada gelaran di sisi Allah). Antara ucapan dia yang betul-betul aku ingat (yang ayah cakap la) ialah mengenai bantuan kewangan untuk anak-anak Selangor ataupun anak-anak kepada anak-anak Selangor sebanyak RM1000 - RM1500. Kalau anak orang-orang kaya mesti fikir apalah sangat duit banyak tu, tapi bagi aku, duit tu memang tersangatlah banyaknya.

Aku rasa itu merupakan satu tindakan yang bagus yang dilaksanakan oleh Menteri Besar berpartikan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kalau zaman Khir Toyo susah sikit lah agaknya nak laksanakan benda ni. Maklumlah, sibuk buat banglo besar yang setaraf dengan istana dah. Sedangkan nenek saudara aku bersusah payah bergelumang dengan selut & lumpur dekat rumah di Meru, Klang bila hujan lebat sebab banjir. Tapi tak boleh nak cakap apalah, dia pakai duit gaji sendiri nak buat banglo tu kan? (berapa gaji Menteri Besar ek?) Berbalik kepada isu bantuan kewangan tadi. Rancangan memang bagus, tapi macam mana dengan perlaksanaan? Masa ayah dengar ucapan MB tu, dah masuk 5 bulan ayah hantar borang permohonan untuk bantuan tersebut bagi adik aku yang dah berjaya lanjutkan pelajaran ke IPT, tapi sampai sekarang terus sepi tanpa khabar berita. Sampai ke tidak borang tu? Ke tak layak? Kalau tak layak, tak kan senyap je, mesti ada surat pemberitahuan.

Aku tanya ayah, "Nape tak terus tanya je kat MB masa tu jugak pasal borang yang dah 5 bulan menyepi tu?". Lantas ayah menjawab mudah, "Ayah malu, dia kan MB.". Bagi aku betul jugak jawapan ayah tu. Kita rakyat yang dibawah ni dah terlalu terbiasakan diri memandang tinggi orang-orang kenamaan ni. Memandang tinggi bukan atas dasar sumbangan atau kebajikan yang pernah dilakukan, tetapi berdasarkan pangkat/gelaran yang sibuk memanjang di hadapan nama diorang. Sedangkan ikut logik akal, mereka ni yang kena segan & malu dengan kita. Kita ni yang dah naikkan mereka. Sebab undi kitalah mereka dapat capai jawatan besar tu. Patutnya mereka bertambah-tambah segan lagi kalau rakyat di bawah pimpinan mereka masih ramai yang mengeluh, membuktikan banyak lagi yang mereka perlu lakukan demi rakyat. Tapi sekarang, sebaliknya yang berlaku. Mereka ni pulak suka meluaskan lagi jurang antara diri mereka dengan rakyat. Macam manalah rakyat tak rasa segan dengan mereka. Naik kereta Mercedes, rakyat naik Kancil. Duduk rumah banglo, rakyat masih lagi ada yang duduk rumah buruk sempit. Melancong pergi luar negara, rakyat masih ada yang melancong takat taman depan rumah sahaja. Naik kapal terbang 1st class, rakyat ada yang nak naik komuter pun pikir 2-3 kali perlu ke tak. Rakyat mungkin tak meminta untuk orang-orang kenamaan ni untuk letak diri mereka setaraf dengan rakyat. Yang rakyat nak, hanyalah untuk mereka ni berusaha untuk kurangkan & seterusnya hapuskan keluhan-keluhan rakyat.

Tapi dalam soal perlaksanaan bantuan yang mereka rancangkan, aku tak letak kesalahan ni atas bahu diorang. Kemungkinan besar ada yang tak kena dalam sistem itu sendiri. Maklumlah, bila dah banyak sangat protokol, mesti ada banyak ruang untuk kesilapan berlaku. Tapi aku harap, kelemahan sistem tak menjadi satu alasan untuk diorang yang berkuasa daripada lepas tangan. Sedikit sebanyak kelancaran sistem bergantung pada diorang. Jangan asyik sibuk nak mesyuarat dengan Dato' sana, lepas tu ada 'lunch appointment' dengan Dato' sini pulak. Memanjang asyik jumpa orang yang ada pangkat je dekat depan nama tu. Tolonglah tengok-tengokkan rakyat yang dekat bawah ni. Jangan nak tunggu masa pilihanraya baru nak sibuk konon-konon turun padang.

Kesimpulannya, macam mana dengan borang permohonan bantuan kewangan untuk adik aku? Tolong la jawap Encik Khalid Ibrahim.

-Sekian-

Friday, October 2, 2009

PTPTN SENARAI HITAM MEREKA YANG TAK BAYAR PINJAMAN, PADAN MUKA UNTUK GOLONGAN TERTENTU.

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pagi tadi aku dengar radio HotFM. Topik yang dibicarakan ialah tindakan PTPTN menyenarai hitamkan nama pelajar yang tidak atau liat dalam melunaskan hutang PTPTN mereka di jabatan imegresen. Maknanya para pemiutang-pemiutang ini akan dihalang dari meninggalkan negara Malaysia yang tercinta ini. Kalau yang dah ada dekat luar negara, aku tak pasti macam mana status mereka.

Aku rasa dah banyak kali PTPTN ada masalah dengan mereka yang berdegil tidak mahu bayar pinjaman mereka. Aku pun tak berapa nak ingat, apa tindakan-tindakan yang pernah diambil oleh pihak PTPTN untuk memaksa para peminjam ni untuk membayar. Tapi tindakan kali ini kemungkinan besar akan memberi impak pada sebahagian besar para pemiutang.

Pertama sekali, aku mungkin (tak yakin 100% lagi) bersetuju dengan langkah yang telah diambil oleh PTPTN kali ini. Kenapa? Aku tahu, tak semua yang meminjam PTPTN ni orang yang senang & datang dari keluarga yang kaya raya bagai nak rak. Kalau tidak kenapa nak pinjam PTPTN kan? Tapi aku yakin mesti ada dalam ramai-ramai yang meminjam PTPTN tu, ada yang dah berjaya mendapat pekerjaan yang cukup baik (baik = gaji agak besar). Kemungkinan besar mereka ini kerja di syarikat-syarikat GLC, tak pun syarikat-syarikat dari luar negara. Lagi hebat kalau bekerja dalam bidang 'Oil & Gas'. Jadi persoalannya dekat sini, kenapa tak nak bayar? Aku rasa aku tau, tapi tak payah la nak cakap. Gaji dah besar, tapi masih tak nak bayar. Lagi-lagi mesti selalu kerja 'outstation', mesti 'claim' pun gila punya banyak. Jadi mungkin PTPTN sengaja melaksanakan tindakan ini kerana sasaran mereka adalah terhadap golongan yang aku ceritakan di atas.
Aku tak tahu la kalau memang PTPTN memikirkan perkara ni sebelum hukuman ini dikuatkuasakan. Mungkin kebetulan sahaja. Namun ada pengecualian yang aku nak nyatakan. Pengecualian adalah untuk mereka yang kerja seperti di atas, tapi berasal dari golongan memang teramatlah susah (adik beradik kecil ramai lagi, mak ayah dah tak kerja).

Bagi mereka yang tak termasuk dalam pengecualian yang aku sebutkan di atas, maka padanlah dengan muka kamu semua. Dah tentu nanti mereka akan menghadapi kesukaran dalam pekerjaan mereka. Syarikat yang hebat-hebat & mampu bayar gaji mahal ni, dah tentu ada banyak perniagaan di luar negara. Kebarangkalian mereka yang kerja tu sedikit sebanyak perlu untuk 'outstation'. Kalau dah Jabatan Imegresen senarai hitamkan mereka, macam mana mereka nak 'outstation'? Kalau dah sampai susah untuk laksanakan kerja, mesti prestasi pun akan terganggu. Kalau majikan rasa ini adalah satu halangan dalam mengembangkan perniagaan mereka, tak mustahil mereka ni akan dipecat.

Kalau yang kerjanya tak perlu 'travel' sana sini, jangan rasa kamu terselamat. Aku rasa mereka ni pula jenis yang suka melancong ke sana sini dengan hasil gaji mereka yang lumayan. Lokasi pilihan sudah tentulah luar dari negara Malaysia. Nak buat apa melancong dalam negara. Dulu masa belajar dah puas pusing keliling 1 Malaysia (pakai duit PTPTN..haha!!). Tapi kesannya tak lah seteruk golongan yang sebelum ni, namun kena jugak lah.

Rasa pelik aku membuak-buak bila tengok golongan macam ni yang langsung tak nak bayar pinjaman PTPTN. Aku rasalah, kehidupan mereka memang agak mewah (tak termasuk golongan terkecuali), tapi kenapa tak diperuntukkan sebahagian kemewahan yang mereka dapat tu untuk bayar pinjaman. Peruntukkan mereka dilebihkan untuk beli baju, kasut, jam jenama mahal, makan kat tempat-tempat bajet eksklusif (TGI, Chilli's, Vic Station), melancong luar negara. Tak sedar ke tindakan kamu ni menyusahkan para peminjam yang bukan termasuk dalam golongan kamu (akan ku tulis dalam 'post' lain)? Mereka yang lain tu kalau boleh memang nak bayar, tapi kadang-kadang terpaksa 'held back' sebab takut ada keperluan yang lebih mendesak dalam kehidupan sehari-hari. Jangan haraplah nak tengok senang-senang je golongan lain ni 'shopping' baju/seluar/kasut berjenama, pergi makan kat restoran-restoran yang mahal mahupun pergi bercuti hatta di dalam negara sekalipun. Sedih tau kalau mak ayah/adik beradik/teman wanita/tunang/isteri teringin nak beli baju ada jenama/makan dekat selain dari warung/bercuti nak 'release tension', tapi keinginan tu tak dapat dipenuhi oleh golongan ini. Gaji tak seberapa, tapi hutang yang memang kena ada sangatlah banyak.

Kesimpulannya, untuk golongan-golongan sasaran yang aku maksudkan, tolonglah bayar pinjaman PTPTN kamu. Jangan asyik nak cerita kamu beli itu ini yang berjenama hebat, makan dekat sana sini yang memang kalau tanya orang kampung, mereka langsung tak tau (kadang-kadang aku yang duduk bandar ni pun tak tau), sibuk pergi bercuti ke Phuket, Bali, Eropah dll. Lepas tu nak merungut/merengek tak cukup duit bila hujung bulan. Jadikan alasan tak dapat nak bayar PTPTN. Marah kerajaan lepas tu. Memang aku rasa nak penampar sepak terajang je orang macam tu.
Apa-apa pun tahniah kepada PTPTN kerana mengambil langkah ini. Tapi aku berharap PTPTN akan lebih bertimbang rasa kepada golongan-golongan yang tak termasuk dalam kategori yang aku ceritakan di atas.

-Sekian-


*Pada masa yang sama, aku turut berpesan pada diri sendiri untuk melunaskan pinjaman pelajaran aku. Bukan PTPTN, sebaliknya MARA. Tapi tak bermakna aku boleh suka-suka je tak nak bayar. Walaupun sekarang aku bayar sangkut-sangkut, tapi aku memang dah berjanji akan cuba bayar sampai habis. Tadi baru bayar untuk bulan ni punya..hehe. Untuk pengetahuan, aku bukan dalam golongan yang diceritakan di atas, belum lagi..huhu...*

Wednesday, September 30, 2009

MENGAPA TALIAN PERLU DIPOTONG BILA SOALAN SENSITIF DIUTARAKAN?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pagi tadi aku bangun untuk sahur puasa enam di bulan Syawal. Bagus buat puasa enam ni, seolah-olah kita puasa sepanjang tahun. Jadi marilah kita sama-sama mengamalkannya. Maaf, tersasar dari objektif sebenar 'posting' kali ni. Berbalik kepada perkara yang ingin aku tuliskan di sini. Kalau sahur dengan mak ayah aku, mereka mesti akan pasang TV3. Masa dalam pukul 4.00 a.m - 5.00 a.m. Selalunya akan disiarkan rakaman rancangan Al-Kuliyyah (betul tak ejaan aku?) yang selalu ada di TV3 petang hari Jumaat yang mulia. Aku tak pasti apa topik yang dibicarakan, tapi aku rasa perbincangan berkisar mengenai sunnah Nabi Muhammad s.a.w., nabi & rasul terakhir untuk agama Islam (ada ke yang tak tahu? tapi aku pernah jumpa mereka yang menafikannya..dalam dunia blog je).

Jadi sampai satu bahagian ni, tibalah masa untuk para penonton samada di studio mahupun di rumah mengajukan soalan kepada ahli panel. Ada panggilan dari seorang lelaki, nama dia aku tak ingat sebab tak popular pun. Dia bertanya mengenai undang-undang yang diguna pakai di Malaysia buat masa ini. Aku tak berapa nak hafal ayat dia satu persatu, tapi lebih kurang macam nilah bunyinya, "Kenapa di Malaysia tak pakai undang-undang Islam yang berteraskan Al-Quran dan sunnah?". Aku dapat rasa dia masih ada benda yang hendak diperkatakan, tapi tiba-tiba sahaja panggilannya terputus. Kemungkinan besar TM dah potong 'line' telefon dia sebab ada bil tertunggak 10 bulan ke, tak pun sebab 'system down' macam Celcom sebab 'heavy traffic' ke. Entah lah.

Inilah satu benda yang aku perhatikan selalu dilakukan oleh media-media rasmi negara. Maksud aku, bila ada rancangan ilmiah macam Al-Kuliyyah ni, bila ada penonton yang bertanyakan soalan-soalan 'SENSITIF DI MATA KERAJAAN', maka sepantas kilat talian akan dipotong. Tak pun, cara yang lebih sopan apabila pengacara cuba melengah-lengahkan si penanya & akhirnya talian tetap dipotong. Mungkin jika ini berlaku di rancangan terbitan RTM, adalah munasabah kerana RTM dikendalikan@dikuasaai kerajaan. Bagaimana pula dengan TV3? TV3 ni syarikat kendalian kerajaan ke? Ataupun memang ada dalam Akta Penyiaran Negara (ada ke? aku main belasah je) melarang media menyiarkan apa-apa yang 'SENSITIF DI MATA KERAJAAN'? Sesiapa yang tahu tolong beritahu aku. Mengapa perlu dipotong? Adakah pertanyaan atau pun pendapat yang akan diutarakan mampu menggugat keamanan negara? Atau setakat menggugat kredibiliti kerajaan yang memerintah?

Bagi aku sikap media yang suka potong talian pemanggil yang bertanyakan soalan-soalan yang 'SENSITIF DI MATA KERAJAAN' amat tidak professional dan juga memalukan. Apa salahnya jika soalan pemanggil itu dilayan dengan elok. Tapi ada pengecualian di sini. Melainkan si pemanggil cuba bertanya & memberi pendapat untuk tempoh masa yang amat panjang (lebih dari 5 minit, macam dia ahli panel pulak), maka eloklah jika dibiarkan pemanggil itu menghabiskan percakapannya. Ini membolehkan masyarakat kita yang pada masa itu sedang menonton rancangan tersebut dapat membuka minda & mula berfikir secara kritis. Kalau asyik-asyik bagi soalan skema je, contoh, "Apa pendapat ahli panel mengenai gejala mat rempit yang menular kebelakangan ini?", sampai bila orang Malaysia boleh berfikir dengan minda yang lebih intelek? Salahkah rakyat Malaysia untuk bertanyakan permasalahan-permasalahan yang timbul dalam pemerintahan negara dan memberikan buah fikiran mereka. Ke masalah pemerintahan negara ni hanya layak dibincangkan oleh menteri-menteri sahaja semasa mereka melepak di kelab-kelab eksklusif? (berbincang ke mereka pasal masalah negara?)

Bagi aku, media-media macam TV3, RTM, NTV7 dan lain-lain lagi, adalah medium yang bagus untuk rakyat yang ada kesedaran untuk bertanya dan meluahkan pendapat mengenai pemerintahan negara. Ruang ini boleh digunakan untuk diskusi yang boleh ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Bukan semua orang ada akses mudah ke internet macam aku dan kamu. Kemudian biarkan ahli panel menjawab dengan sejujur-jujurnya. Janganlah bila ada orang bercerita sikit tentang kepincangan pemerintahan, terus nak melenting. Pergi 'banned' terus orang tu. Sepatutnya pemerintah terimalah dengan hati terbuka, gunakannya untuk memantapkan lagi sistem. Kalau tak dengar masa ni, bila lagi menteri-menteri ni nak dengar pendapat/rintihan/pertanyaan rakyat-rakyat ni? Kalau ada pun masa mereka nak dengar, mesti masa-masa nak dekat dengan pilihanraya. Adakah menteri-menteri ni ingat kesusahan/rintihan rakyat ni ada masa dekat nak pilihanraya je? Kalau kita tulis surat mahupun e-mail, baca ke mereka ni?

Kesimpulannya, pemerintah ni tugasnya berkhidmat untuk rakyat. Tolonglah dengar apa yang nak disuarakan oleh rakyat ni. Rakyat dah tak ada cara lain untuk suarakan pendapat mereka melainkan melalui media. Kalau nak buat temujanji bukannya senang. Nak ke menteri ni buat temujanji dengan orang yang tak ada gelaran Dato', Tan Sri, Tun di hadapan nama mereka? Entah lah.

-Sekian-

Monday, September 28, 2009

RASIONAL DI SEBALIK KEWUJUDAN TOL BATU TIGA

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ni aku nak tulis pasal tol batu 3. Aku rasa, sesiapa yang duduk kawasan Lembah Klang, mesti tahu pasal tol ni, terutamanya yang tinggal di Shah Alam & Klang tetapi bekerja di Subang, Petaling Jaya mahupun bandaraya Kuala Lumpur. Seingat aku la, tol ni memang dah lama bertapak di tempat ia bertapak tu. Mula-mula aku sedar kewujudan tol ni, tak ingat la tahun berapa, bayaran tol untuk kenderaan kelas 1 cuma RM 0.60. Tu pun aku agak-agak saja. Sekarang dah mencecah RM 1.10 untuk kelas yang sama (ni fakta & bukan agak-agak). Entah berapa kali dia naik untuk mencecah ke RM 1.10, aku pun tak tahu. Budak-budak lagi, peduli apa dengan tol.

Dulu ada la kecoh-kecoh pasal nak naikkan kadar tol. Syukur alhamdulillah, tol batu 3 ni tak terlibat langsung. Tetapi, tak bermakna aku menyukai kewujudan tol ni. Segalanya bermula sewaktu bulan Ramadhan yang lepas. Selalunya, kalau aku pergi & balik kerja, aku memang tak akan lalu tol ni, sebab aku boleh lalu jalan lain yang mempunyai jarak lebih kurang & trafik yang agak lancar. Jem pun sebab lampu isyarat je. Tapi, masa bulan puasa, kalau balik dari kerja, aku mula guna Lebuhraya Persekutuan sebab konon-kononnya nak sampai rumah awal, nak siap-siap untuk berbuka puasa. Makanya terpaksa lah aku menyumbangkan RM 1.10 kepada tol. Aku fikir, tak kisah lah korbankan RM 1.10, asalkan boleh sampai rumah awal. Namun, ternyata sangkaan aku meleset sama sekali. Rupa-rupanya sesak dekat depan tol dah sama sesak macam kalau aku ikut jalan dalam yang biasa aku guna. Dalam pada aku menyumpah-nyumpah sendirian dalam kereta di waktu bulan Ramadhan yang mulia tu, aku mula berfikir secara rasional untuk sementara waktu (waktu lain pun, aku selalu je berfikir).

Sebenarnya, berapa banyak kereta yang lalu dekat tol batu 3 tu tiap-tiap hari? Masa bulan Ramadhan tu, sampai kene berbaris magai nak rak depan tol tu memang dah membuktikan betapa banyaknya kereta yang lalu situ. Dulu masa aku kerja syarikat lama, tiap-tiap hari aku lalu tol batu 3. Masa tu tak berkira sangat sebab aku berkongsi kereta dengan 2 orang lagi kawan sekerja. Yang seorang tu dah nak jadi bini aku dah, hahaha!!! Lepas je bayar tol, gerak sikit je, terus kene berhenti dah, jem dekat depan. Maknanya memang banyak kereta lalu Lebuhraya Persekutuan dan membayar tol. Aku rasa aku macam pernah dengar la, tol ni kita perlu bayar sebab nak bayar balik kos projek untuk bina lebuhraya tu. Lepas tu mungkin adalah sikit duit digunakan untuk konon-kononnya menyelenggarakan lebuhraya tu. Yang aku tak berapa faham tu, dengan jumlah pungutan duit tol yang dah agak lama ditambah dengan jumlah kereta yang lalu dekat situ, tak kan lah tak cukup-cukup lagi duit untuk bayar balik kos projek tu. Kalau untuk selenggaraanlah kononnya, perlu ke kadar tol tu kekal di tahap RM 1.10. Dibandingkan jumlah kenderaan yang lalu dekat situ dan penyelenggaraan yang perlu dilakukan, aku rasa ada macam pelik sikit la dengan kadar tol sekarang ni. Bagi aku sepatutnya tol batu 3 ni patut dikurangkan kadar bayarannya, atau lebih baik lagi, terus ditutup operasinya. Mengapa aku rasa lagi elok ditutup? Sebab lebuhraya berfungsi untuk memudahkan pengguna lalulintas, jalan yang lurus & lebar, dan yang penting tidak sesak, tidak ada 'traffic jam'. Itu sebab lah kita bayar tol, bayaran untuk lebuhraya yang memudahkan perjalanan dan tidak menyesakkan. Ternyata ini tidak lagi benar untuk Lebuhraya Persekutuan.

Sebenarnya aku tak lah tau sangat pasal urusan-urusan lebuhraya dan tol ni. Jadi mungkin ada benda yang aku cerita kat sini banyak salah & silap. Mungkin kos untuk selenggarakan lebuhraya betul-betul memerlukan belanja yang banyak, menyebabkan kadar tol tak dapat dikurangkan (betul ke? ada sesiapa yang kerja PLUS?). Mungkin ada juga yang akan cakap, kalau hentikan operasi tol, macam mana dengan sumber rezeki mereka yang menjadi penjaga tol? Bagi aku, masalah yang satu ni aku boleh bagi cadangan menyelesaikannya. Mula-mula, kerajaan kenalah ambil alih pengurusan lebuhraya ni. Kemudian kumpul semua yang bekerja sebagai penjaga tol ni, dan tubuhkan satu bahagian untuk buat kerja-kerja penyelenggaraan yang cenderung kepada kebersihan. Macam contoh syarikat PROPEL. Tak perlu lagi upah kontraktor luar untuk buat penyelenggaraan. Itu cuma pendapat aku. Mungkin ada salahnya atau kekurangannya sebab aku tak tahu sangat pasal pengurusan lebuhraya.

Sebagai kesimpulan, aku rasa adalah rasional/wajar tol batu 3 tu ditutup je. Adalah tidak wajar pengguna lalulintas terpaksa membayar RM 1.10 dan kemudian terpaksa mengharungi kesesakan lalulintas. Kalau duduk Shah Alam dan kerja di Kuala Lumpur, 5 hari seminggu dah semestinya terpaksa membazir masa sebanyak 4 jam sehari sekurang-kurangnya dalam kenderaan untuk pergi & balik kerja sahaja. Masa membazir, minyak pun membazir, kene bayar tol lagi. Bagi aku lebuhraya adalah satu kemudahan yang mesti disediakan oleh kerajaan kepada rakyat dan tidak patut diswastakan. Sama lah macam air dan tenaga elektrik. Apa-apa pun, aku setuju untuk bayar RM 1.10 dekat tol batu 3 kalau aku tak perlu menghadap kesesakan lalulintas lagi di Lebuhraya Persekutuan.

-Sekian-

Friday, September 18, 2009

HOBI TERLARANG UNTUK ORANG TUA BANGKA???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku terpanggil untuk tulis 'entri' kali ini berdasarkan komen yang diberikan oleh 'Haizad&Fahmi suxx' dalam 'entri' yang lepas. Sebagai seorang yang matang, dia membuat kesimpulan yang kehidupan aku 'sux' sebab aku minat kumpul dan main 'action figures'. Aku, juga sebagai seorang yang cukup matang, tidak marah dengan komen dia. Aku hormati pandangan dia. Cuma di sini, aku ingin luah dan kongsi pendapat aku mengenai hobi yang dikatakan tidak sesuai untuk orang tua ini.

Pada pandangan aku, kebanyakan orang di Malaysia anggap hobi kumpul permainan seperti 'action figures' tidak sesuai untuk orang tua. Definisi orang tua di sini ialah mereka yang telah tamat zaman persekolahan dan mula jejakkan kaki ke dunia pengajian tinggi atau pun dunia pekerjaan. Contoh terdekat aku, ibu bapa aku sendiri. Bila aku mula berjinak-jinak dengan hobi ini, mereka tidak dapat terima dengan hati terbuka (sekarang pun masih tidak boleh terima dan selalu mengungkit). Mereka kata hobi aku ini hanya membazirkan wang semata-mata dan menyamakan aku seperti budak-budak, setaraf dengan anak buah aku yang berumur 4 tahun. Tapi, selalunya bila kena bebel, aku buat tak tahu saja. Paling hebat pun aku cuma kata, insyaAllah, hobi ni boleh buat duit masa akan datang. Tak tahu la kalau ibu bapa aku faham ke tidak dengan penjelasan aku tu.

OKla, kenapa aku jadikan benda ni hobi aku? Pertama, sebab aku ni memang seorang yang minat pada benda-benda animasi dan fantasi. Masa kecil aku dipenuhi dengan menonton kartun. Dan aku juga seorang yang minat melukis. Bukan nak berlagak, tapi kalau bab-bab melukis, bakat aku memang boleh tahan juga. Pernah juga la aku pasang niat hendak jadi pelukis komik berjaya satu masa dulu. Dalam hidup aku, aku amat hargai hasil-hasil seni macam lukisan dan arca. Aku mengkategorikan 'action figures' tu sebagai arca, tetapi dengan faedah tambahan - boleh dimainkan. Jadi, kenapa ada orang aku tengok boleh je nak hargai seni-seni macam arca, tapi merendah-rendahkan hasil seni 'action figures'. Sebenarnya lebih kurang sama saja cara nak menghasilkan arca dan 'action figures'. Bezanya cuma 'action figures' tu dihasilkan secara 'mass production'. Tapi ada jugak yang dihasilkan secara 'limited edition', gerenti lagi mahal la harganya.

Baru-baru ni, aku layari laman web, aku terkejut dengan apa yang aku jumpa. Ada satu orang ni, dia nak jual mainan Transformers dia di E-Bay dengan harga RM700 (aku convert dari USD la). Mainan yang dia jual tu, aku sendiri ada dan masih elok lagi (Ada jugak la certain part yang aku tak ada tapi mamat tu ada). Siap aku sedekah dekat anak buah lagi. Mesti mamat tu letak harga macam tu sebab dia tahu di luar sana tu ada beribu-ribu atau berjuta-juta 'Collector' yang sanggup bayar untuk benda-benda macam tu yang bagi mereka dianggap 'rare'. Jadi aku rasa, tak salah aku nak jadikan benda ni hobi aku, sebab kemungkinan besar ia menguntungkan. Kalau tak jual pun, boleh jadi perhiasan atas almari.

Bagi aku, tak salah orang yang dah berumur macam aku ni punya minat dengan 'action figures' ni. Kebelakangan ni, aku dah nampak satu kebaikan daripada hobi aku ni. Anak buah aku dah mula rapat dengan aku. Dah mula nak ramah dan kadang-kadang, tak nak balik rumah dia dah, nak duduk lama-lama dekat rumah mak bapak aku. bermula dengan aku bagi dia pinjam mainan aku. Lepas tu aku main 'action figures' tu dengan die. Kalau tak asyik nak tengok Astro Playhouse Disney je. Mungkin aku boleh aplikasikan benda ni dekat bakal anak aku suatu hari nanti..hehehe...

-THE END-

Thursday, September 3, 2009

PROMOSI DVD GAME PS2 SEMPENA HARI RAYA

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Seperti yang telah diberitahu di 'posting' yang lepas, PS2 aku sudah lama rosak. Aku rasa mungkin lens yang rosak sebab habuk-habuk yang beterbangan di udara. Oleh itu, aku mengambil inisiatif ini untuk melelongkan DVD-DVD game PS2 yang aku miliki dengan harga yang murah. Pada sesiapa yang memang 'freak' game macam aku, boleh hubungi aku untuk beli antara koleksi-koleksi game yang aku ada. Penghantaran adalah melalui cara berjumpa dengan aku sendiri di rumah, atau boleh ajak aku berjumpa di mana-mana tempat berdekatan dengan rumah aku (area Klang, Subang Jaya, Shah Alam). Harga DVD yang aku jual semestinya lagi murah daripada yang dijual di kedai-kedai game.

Kemungkinan besar aku mempunyai DVD game yang sudah tidak dijual di kedai-kedai lagi, jadi janganlah lepaskan peluang untuk memiliki koleksi game PS2 yang hebat-hebat. Baru boleh jadi hardcore gamers. Di posting yang akan datang, insyaAllah aku akan ambil gambar dan membuat senarai-senarai DVD game yang aku ada. Aku akan sehabis baik senaraikan game-game yang hebat sahaja sebab kalau yang tidak hebat, kemungkinan besar sudah rosak sebab aku suka lempar DVD game yang tidak berkualiti.

Kepada sesiapa yang berminat, sila SMS aku ditalian 019-3518149. Aku harap dengan penjualan DVD game ini, aku akan mampu kumpul duit untuk beli PS3.

-THE END-