Monday, September 28, 2009

RASIONAL DI SEBALIK KEWUJUDAN TOL BATU TIGA

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ni aku nak tulis pasal tol batu 3. Aku rasa, sesiapa yang duduk kawasan Lembah Klang, mesti tahu pasal tol ni, terutamanya yang tinggal di Shah Alam & Klang tetapi bekerja di Subang, Petaling Jaya mahupun bandaraya Kuala Lumpur. Seingat aku la, tol ni memang dah lama bertapak di tempat ia bertapak tu. Mula-mula aku sedar kewujudan tol ni, tak ingat la tahun berapa, bayaran tol untuk kenderaan kelas 1 cuma RM 0.60. Tu pun aku agak-agak saja. Sekarang dah mencecah RM 1.10 untuk kelas yang sama (ni fakta & bukan agak-agak). Entah berapa kali dia naik untuk mencecah ke RM 1.10, aku pun tak tahu. Budak-budak lagi, peduli apa dengan tol.

Dulu ada la kecoh-kecoh pasal nak naikkan kadar tol. Syukur alhamdulillah, tol batu 3 ni tak terlibat langsung. Tetapi, tak bermakna aku menyukai kewujudan tol ni. Segalanya bermula sewaktu bulan Ramadhan yang lepas. Selalunya, kalau aku pergi & balik kerja, aku memang tak akan lalu tol ni, sebab aku boleh lalu jalan lain yang mempunyai jarak lebih kurang & trafik yang agak lancar. Jem pun sebab lampu isyarat je. Tapi, masa bulan puasa, kalau balik dari kerja, aku mula guna Lebuhraya Persekutuan sebab konon-kononnya nak sampai rumah awal, nak siap-siap untuk berbuka puasa. Makanya terpaksa lah aku menyumbangkan RM 1.10 kepada tol. Aku fikir, tak kisah lah korbankan RM 1.10, asalkan boleh sampai rumah awal. Namun, ternyata sangkaan aku meleset sama sekali. Rupa-rupanya sesak dekat depan tol dah sama sesak macam kalau aku ikut jalan dalam yang biasa aku guna. Dalam pada aku menyumpah-nyumpah sendirian dalam kereta di waktu bulan Ramadhan yang mulia tu, aku mula berfikir secara rasional untuk sementara waktu (waktu lain pun, aku selalu je berfikir).

Sebenarnya, berapa banyak kereta yang lalu dekat tol batu 3 tu tiap-tiap hari? Masa bulan Ramadhan tu, sampai kene berbaris magai nak rak depan tol tu memang dah membuktikan betapa banyaknya kereta yang lalu situ. Dulu masa aku kerja syarikat lama, tiap-tiap hari aku lalu tol batu 3. Masa tu tak berkira sangat sebab aku berkongsi kereta dengan 2 orang lagi kawan sekerja. Yang seorang tu dah nak jadi bini aku dah, hahaha!!! Lepas je bayar tol, gerak sikit je, terus kene berhenti dah, jem dekat depan. Maknanya memang banyak kereta lalu Lebuhraya Persekutuan dan membayar tol. Aku rasa aku macam pernah dengar la, tol ni kita perlu bayar sebab nak bayar balik kos projek untuk bina lebuhraya tu. Lepas tu mungkin adalah sikit duit digunakan untuk konon-kononnya menyelenggarakan lebuhraya tu. Yang aku tak berapa faham tu, dengan jumlah pungutan duit tol yang dah agak lama ditambah dengan jumlah kereta yang lalu dekat situ, tak kan lah tak cukup-cukup lagi duit untuk bayar balik kos projek tu. Kalau untuk selenggaraanlah kononnya, perlu ke kadar tol tu kekal di tahap RM 1.10. Dibandingkan jumlah kenderaan yang lalu dekat situ dan penyelenggaraan yang perlu dilakukan, aku rasa ada macam pelik sikit la dengan kadar tol sekarang ni. Bagi aku sepatutnya tol batu 3 ni patut dikurangkan kadar bayarannya, atau lebih baik lagi, terus ditutup operasinya. Mengapa aku rasa lagi elok ditutup? Sebab lebuhraya berfungsi untuk memudahkan pengguna lalulintas, jalan yang lurus & lebar, dan yang penting tidak sesak, tidak ada 'traffic jam'. Itu sebab lah kita bayar tol, bayaran untuk lebuhraya yang memudahkan perjalanan dan tidak menyesakkan. Ternyata ini tidak lagi benar untuk Lebuhraya Persekutuan.

Sebenarnya aku tak lah tau sangat pasal urusan-urusan lebuhraya dan tol ni. Jadi mungkin ada benda yang aku cerita kat sini banyak salah & silap. Mungkin kos untuk selenggarakan lebuhraya betul-betul memerlukan belanja yang banyak, menyebabkan kadar tol tak dapat dikurangkan (betul ke? ada sesiapa yang kerja PLUS?). Mungkin ada juga yang akan cakap, kalau hentikan operasi tol, macam mana dengan sumber rezeki mereka yang menjadi penjaga tol? Bagi aku, masalah yang satu ni aku boleh bagi cadangan menyelesaikannya. Mula-mula, kerajaan kenalah ambil alih pengurusan lebuhraya ni. Kemudian kumpul semua yang bekerja sebagai penjaga tol ni, dan tubuhkan satu bahagian untuk buat kerja-kerja penyelenggaraan yang cenderung kepada kebersihan. Macam contoh syarikat PROPEL. Tak perlu lagi upah kontraktor luar untuk buat penyelenggaraan. Itu cuma pendapat aku. Mungkin ada salahnya atau kekurangannya sebab aku tak tahu sangat pasal pengurusan lebuhraya.

Sebagai kesimpulan, aku rasa adalah rasional/wajar tol batu 3 tu ditutup je. Adalah tidak wajar pengguna lalulintas terpaksa membayar RM 1.10 dan kemudian terpaksa mengharungi kesesakan lalulintas. Kalau duduk Shah Alam dan kerja di Kuala Lumpur, 5 hari seminggu dah semestinya terpaksa membazir masa sebanyak 4 jam sehari sekurang-kurangnya dalam kenderaan untuk pergi & balik kerja sahaja. Masa membazir, minyak pun membazir, kene bayar tol lagi. Bagi aku lebuhraya adalah satu kemudahan yang mesti disediakan oleh kerajaan kepada rakyat dan tidak patut diswastakan. Sama lah macam air dan tenaga elektrik. Apa-apa pun, aku setuju untuk bayar RM 1.10 dekat tol batu 3 kalau aku tak perlu menghadap kesesakan lalulintas lagi di Lebuhraya Persekutuan.

-Sekian-

5 comments:

Anonymous said...

tol tu dulu2 mmg 60sen.
pstu jd 100sen & 110sen.
ni kesan inflasi? hehehe :P

aku setuju ngn ko.
mmg pelik nape la xpulang modal syarikat konsesi tol nih.
bape sgt la nk menten (aku rasa la) hiway tu? kalu bagus cm trek F1 xpe la. ni kalu hujan lebat bergenang air ujan.

btw, nek kete or komuter mmg kisah ngeri pengangkutan di KL.
buat cm aku, nek moto kapchai saja..hehe

Selamat Hari Raya!

haizad said...

farghmee :

ada kesan ke inflasi dekat kadar tol? huhuhu...

aku pun pelik. kalo nak kata kena maintain kemudahan yang ada, ape je yang ada. lain la kalau lebuhraya utara selatan, ada R&R.

pandu kereta ke KL??? bukan pilihan bijak...boleh kena darah tinggi.

kalau komuter/lrt, aku naik masa cuti je untuk pergi jalan-jalan. untuk pergi kerja tak pernah sebab tempat kerja tak dapat liputan komuter/lrt. tapi aku dapat rasa kengeriannya.

naik bas pergi kl. kalau dari kl nak balik shah alam, mungkin ok sebab bas banyak. tapi kalau nk pergi kl dari shah alam, memang sengal la sebab frekuensi kehadiran bas yang agak rendah..huhu..

Selamat hari raya jugak,
bile open house? haha!!

Anonymous said...

openhaus raya bila2 je :)

grand openhaus ialah
22/11 @ mersing
& 6/12 @ PJ.
dtgla kalu ada kelapangan :)

haizad said...

farghmee:

grand openhouse tu dh bukan bulan syawal...

nanti kalo aku ade mase, aku serbu umah ko. tp aku nek komuter je la. sbb dl g umah ko nek komuter. x tau kalo naik kete..haha

Anonymous said...

boleh..komuter lg senang :)

weh..ko wt ktne majlis ko ni?