Friday, August 28, 2009

HOBI

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Semua orang ada hobi. Aku pon ada hobi. Dari kecil sampai besar (umur meningkat..ok) sekarang ni. Masa mula-mula dulu, hobi aku cuma main mainan robot. Antara mainan yang paling aku suka semestinya yang tiba-tiba menjadi kegilaan ramai orang sekarang ini - "TRANSFORMERS" dan tidak berape digilai oleh orang lain - "ROBOTECH/MACROSS". Ada juga mainan dari siri kartun yang lain, tapi aku rasa 2 ni sahaja yang orang boleh kenal. Masa kecil dulu, beli mainan cuma untuk dimainkan sahaja. Lepas main, terus campak sepah sana sini. Tidak pernah terlintas pun yang sebenarnya mainan itu jika disimpan, mampu meng'kaya'kan tuan empunya mainan.


Tidak lama selepas itu, minat aku berubah kepada permainan video. Bermula semenjak aku berpindah ke Shah Alam. Jiran aku ada set mainan Super Nintendo dan dia telah gunakannya untuk berniaga. Sama macam yang kita bole tengok tauke kedai game buat, bagi orang main dengan guna 'hourly rate'. Aku selalu bertandang pergi ke rumah jiran aku itu untuk melihat orang bermain game sahaja, tapi aku sendiri tidak pernah bayar dan main, sebab aku bukan datang dari keluarga berada. Lama-kelamaan ayah aku mula 'hot' dengan aku yang leka melepak di rumah orang lain, lalu dia pun membeli satu set Super Nintendo untuk anaknya ini. Terima kasih ayah...... Sejak dari itu, bermacam-macam konsol ayah/aku beli, i.e. Sega Megadrive, Sony Playstation 1, Sony Playstation 2.



Sekarang, PS2 aku sudah rosak. Nak hantar baiki, rasa tidak berbaloi sebab sudah banyak kali ia dibaiki, asyik rosak balik je. Lagipun Sony Playstation 3 sudah keluar..haha... Kemudian keluar juga 'movie' Transformers, dan tiba-tiba aku turut terjebak dalam membeli mainan-mainan Transformers setelah melihat abang aku membelikan 'Ratchet G1 Universe' untuk anak lelakinya, merangkap untuk diri dia sendiri. Jadi sekarang, hobi dan minat aku adalah beli mainan patung robot dan permainan video. Buat masa ini, aku cuma fokus pada patung robot sebab hendak beli PS3, duit tidak cukup. Huhu....

-THE END-

10 comments:

Juraidah Hashim said...

mudflap tu mencabar kn?hehehe

haizad said...

mudflap memang mencabar. tapi rasanya sebab tak ada instruction. kalau ada, mesti pejam mata pon boleh buat..huhu..

Anonymous said...

jad, ko bli la yg suzuki swift sport punya transformers, baru kool!

transformers alternity series.
ada nissan gtr & fairlady.

fairlady (megatron ganas wehh)

haizad said...

farghmee - aku tau toyline alternity series tu. tp aku minat yang G1 punye design. aku baru tau hasbro/takara kuarkan G1 edition. tgh mencari2...haha..

Haizad&Fahmi suxx said...

Pehhh..bosannye hobi ko ni..dh tua bangka pn main patung2 mainan lgz..sure ko nye life sux kan..

Anonymous said...

haha..suxx gile la ko.
nk bg comment pn takut2 reveal id sendiri.

tu dh xmain dh. simpan dlm kotak baik2.
kalu ko nk tau, BIB transformers alternator dulu baru kuar rm98 je, skrg ni dh rm200++.
tu baru alternator (hasbro-plastik).
yg aku punya ni binaltech (takara-metal).

ble aku tau ape hobi ko?
modified kete?
kumpul jamtgn mewah?
racing?
(hehe..baik jgn jawab sbb nnt aku akan ckp suxx)

so lu pk la sendiri! (pinjam ayat nabil)

haizad said...

Haizad&Fahmi suxx - kehidupan aku tidaklah 'sux' sangat. aku akui, aku bukan setakat menjadi 'toy collector' yang beli mainan, kemudian simpan dalam kotak tidak buka. aku memang main pun dengan mainan aku dan letak dalam almari sebagai hiasan. sebab bagi aku, itu ialah tujuan mainan dicipta. di Malaysia memang ramai orang anggap beli mainan ini seolah-olah seperti budak kecil. tapi ditempat lain seperti USA dan Jepun, hobi ini dikalangan dewasa tidak langsung dianggap pelik. ianya terpulang pada persepsi diri masing-masing. aku ka;au boleh, mahu terang panjang lebar, tapi ini cuma ruangan komen.

p/s: siapa identiti kau? aku rasa macam kenal, tapi takut salah pula..haha..

Anonymous said...

yg kenal kita xramai..
& yg ske ckp suxx yg kita kenal pn xramai..
hehe..

Juraidah Hashim said...

wah2..sejak bile jadi 'hot' kt cni?

Anonymous said...

hehe...jadi hot sbb ada org buat aku "hot" :D