Friday, August 28, 2009

HOBI

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Semua orang ada hobi. Aku pon ada hobi. Dari kecil sampai besar (umur meningkat..ok) sekarang ni. Masa mula-mula dulu, hobi aku cuma main mainan robot. Antara mainan yang paling aku suka semestinya yang tiba-tiba menjadi kegilaan ramai orang sekarang ini - "TRANSFORMERS" dan tidak berape digilai oleh orang lain - "ROBOTECH/MACROSS". Ada juga mainan dari siri kartun yang lain, tapi aku rasa 2 ni sahaja yang orang boleh kenal. Masa kecil dulu, beli mainan cuma untuk dimainkan sahaja. Lepas main, terus campak sepah sana sini. Tidak pernah terlintas pun yang sebenarnya mainan itu jika disimpan, mampu meng'kaya'kan tuan empunya mainan.


Tidak lama selepas itu, minat aku berubah kepada permainan video. Bermula semenjak aku berpindah ke Shah Alam. Jiran aku ada set mainan Super Nintendo dan dia telah gunakannya untuk berniaga. Sama macam yang kita bole tengok tauke kedai game buat, bagi orang main dengan guna 'hourly rate'. Aku selalu bertandang pergi ke rumah jiran aku itu untuk melihat orang bermain game sahaja, tapi aku sendiri tidak pernah bayar dan main, sebab aku bukan datang dari keluarga berada. Lama-kelamaan ayah aku mula 'hot' dengan aku yang leka melepak di rumah orang lain, lalu dia pun membeli satu set Super Nintendo untuk anaknya ini. Terima kasih ayah...... Sejak dari itu, bermacam-macam konsol ayah/aku beli, i.e. Sega Megadrive, Sony Playstation 1, Sony Playstation 2.



Sekarang, PS2 aku sudah rosak. Nak hantar baiki, rasa tidak berbaloi sebab sudah banyak kali ia dibaiki, asyik rosak balik je. Lagipun Sony Playstation 3 sudah keluar..haha... Kemudian keluar juga 'movie' Transformers, dan tiba-tiba aku turut terjebak dalam membeli mainan-mainan Transformers setelah melihat abang aku membelikan 'Ratchet G1 Universe' untuk anak lelakinya, merangkap untuk diri dia sendiri. Jadi sekarang, hobi dan minat aku adalah beli mainan patung robot dan permainan video. Buat masa ini, aku cuma fokus pada patung robot sebab hendak beli PS3, duit tidak cukup. Huhu....

-THE END-