Friday, January 21, 2011

NAK KAW TIM

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Betul ke ejaan kat 'Post Title' tu? Aku cuba maksudkan orang yang nak dapatkan sesuatu ataupun melepasi sesuatu dengan mudah. Harap-harap sesiapa yang membaca dapat tangkap maksudnya. Nak bercerita pengalaman oleh rakan sekerja aku baru-baru ni.

Sebelum cerita panjang lagi, kena la 'intro' dulu pasal kerja aku. Tempat kerja aku ni ada kaitan dengan tahan-tahan orang, buat 'roadblock', kuatkuasa undang-undang dan macam-macam lagi. Satu hari ni ada seorang 'public' datang ke pejabat. Macam biasa, yang datang ni disebabkan ada kesalahan yang telah dilakukan oleh beliau. Kehadiran beliau ditemani oleh seorang rakan. Bila ditengok kedua-dua susuk tubuh tersebut, dengan berpakaian kemeja lengan panjang, masih dibutang walaupun waktu tu tengah hari buta, bertali leher, menunjukkan mereka ni macam orang ada 'class' la.

Bila rakan sekerja ni periksa & bincang pasal situasi yang berlaku, terbukti beliau memang telah melakukan kesalahan. Jadi, nak tak nak terpaksa la beliau ni memperbetulkan keadaan. Tiba-tiba beliau bersuara,

"Ala....tak boleh kaw tim ke? Sama-sama kerja kerajaan, tak kan tak boleh lepas"

'Member' aku pun beria-ia la mengelak dari nak melayan kerenah 'public' ni. Sebaik mungkin cuba mengelak daripada menimbulkan pertelingkahan. Cakap la kalau nak pelepasan, 'try' la merayu dengan 'big boss'. Lepas tu boleh pulak 'public' tu cakap,

"Alamak, tak kan benda kecik pun nak jumpa Pengarah. Kalau macam ni, esok-esok awak ada masalah dengan Jabatan Perdana Menteri, saya suruh jumpa Pengarah jugak la"

Aisehh....main ugut-ugut pulak. Poyo gila. Baru je jadi penjawat awam kerja dekat JPM, rasa dah ada kuasa pulak. 'Member' buat tak tau je. Lantak la diorang tu..hahaha!!! Last-last, mengalah jugak mamat kerja JPM tu. Padan muka kau!! Hahaha!!

Pengajarannya di sini ialah, jangan ingat kerja sebagai penjawat awam, kerja kat JPM boleh senang-senang je nak mintak kaw tim. Kalau dah buat salah tu, terima la dengan hati terbuka. Bukan kena bayar saman pun. Itu pun nak main ugut-ugut pulak 'member' aku. Sebab orang macam ni la penjawat awam asyik kena tembak je. Bengong!!!!

-Sekian-

No comments: