Tuesday, January 4, 2011

TERIMA KASIH.....

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dalam entri kali ini, aku nak ucapkan terima kasih yang amat sangat kepada isteri tersayang. Sempena menyambut hari lahir aku baru-baru ni, beliau telah 'arrange' sehingga 3 kejutan untuk suaminya yang sengal ini. Yang pertama di Kuantan dengan keluarga beliau. Yang kedua di Kuala Terengganu dengan anak buah di pejabat. Dan yang ketiga melalui penghantaran hadiah secara rahsia (tapi ada masalah sikit dari segi nak bagi 'surprise' sebab tukang hantar hadiah sengal..huhu..).

Hadiah daripada isteri & anak tersayang

Aku rasa terharu sangat sebab isteri tersayang sanggup kerah wang & tenaga untuk rancang semua benda tu semata-mata untuk sambut hari lahir aku. Kalau aku fikir-fikir balik, sebenarnya aku ni bukanlah suami yang 'perfect'. 10% 'perfect' pun belum tentu lagi. Banyak benda aku tak dapat nak bagi kat isteri aku. Dari mula-mula kahwin, sampailah anak dah umur 4 bulan lebih ni, aku tak pernah bawak isteri aku pergi 'honeymoon' betul-betul lagi. Tu baru satu benda je tu..huhu. Namun. aku masih lagi bersyukur sebab setakat ni semuanya masih lagi serba serbi cukup. Isteri aku pulak masih sanggup lagi bertahan dengan suami beliau yang serba kekurangan ni.

Kepada Juraidah Hashim yang tersayang, abang nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi isteri abang & masih kekal lagi jadi isteri abang. Walaupun banyak benda abang tak dapat nak bagi, isteri abang 'still maintain cool' lagi..huhu. Disebabkan abang bukan seorang suami yang baik, abang nak mintak maaf sangat-sangat kat isteri abang. Dan abang sayang sangat-sangat kat isteri abang ni..hehe..

-Sekian-

2 comments:

Juraidah Hashim said...

same2 ..:P
ala abang ni, we're not perfect but fit each other well..
ok la tuh~~~

haizad said...

Haha!! Bagus la kalo cyg pikir macam tu. Buwekk!!