Wednesday, January 5, 2011

RAKYAT DIDAHULUKAN.......

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Slogan baru yang dilaungkan pertama kalinya oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang (semua kenalkan siapa dia?). Masa slogan ni baru muncul, banyak la komen pasal benda ni. Dekat blog, forum, laman web sosial, ada je orang nak komen. Ada yang kutuk (aku jumpa banyak..huhu..), ada yang suka (tak pernah tengok lagi..haha!!). Bagi aku, tak elok la nak kutuk-kutuk dulu. 'Standard' la slogan-slogan ni, ayat mesti gempak. Tapi perlaksanaannya kita perlu tunggu & lihat dulu. Kalau dah dok canang slogan, tapi tak serupa bikin, baru la tembak.

Untuk entri kali ni, bukan berniat nak kutuk ke, tembak ke, cuma nak menceritakan pengalaman & kemudian nak beri pandangan yang berkaitan dengan slogan di atas tu. Yang pertama, berlaku aku rasa sebelum slogan tu jadi popular (popular ke?). Satu hari tu aku nak balik kerja dari pejabat dekat 'area' Ara Damansara. Selalunya jalan raya yang aku lalu tu ada la jugak sesaknya, tapi masih lagi di tahap yang boleh diterima. Tapi pada hari yang bersejarah itu, tahap kesesakan meningkat sebanyak 500%. Kereta beratur sampai tak boleh bergerak langsung. Bila dok julur kepala dari tingkap kereta, nampak la ada seorang pegawai polis, duduk atas motosikal besar, halang jalan. Masa tu aku ingat ada kemalangan tahap maut gila kat depan tu. Tapi bila dah lama sangat, sampai aku tengok pegawai polis tu macam 'relax' je, timbul la tanda tanya. Tak lama lepas tu (kalau korang rasa hampir 45 minit duduk dalam kereta tak bergerak tu tak lama la), kedengaran bunyi siren kereta polis. Kemudian kelihatan la berjujuk-jujuk motosikal polis meluru laju di sepanjang jalan raya 3 'lane' diikuti dengan kereta mewah, pun berjujuk-jujuk jugak. Rupa-rupanya nak bagi 'clear' jalan raya 3 'LANE' tu untuk orang besar.

Pengalaman yang kedua masa melawat Kuala Terengganu untuk cari rumah sewa. Masa tu nak sampai ke satu simpang empat jalan raya. Jalan yang aku lalu masa tu pun 3 'LANE' jugak. Betul-betul dah dekat nak sampai & berhenti dekat lampu isyarat simpang empat tu, tiba-tiba kedengaran siren polis dari jauh (dari belakang kereta). Aku tengok kenderaan lain semua ke tepi. Aku pulak masa tu dekat 'lane' paling kiri sekali, 'so' aku bajet ok la tu, sebab dah ke tepi. Kalau ada ambulan ke, kereta kebal nak lalu ke, boleh muat lagi. Sekali, ada satu polis atas motosikal besar, lalu tepi aku dan mengarahkan aku supaya ke tepi. Siap pakai 'speaker' lagi tu, "Ke tepi!! Ke tepi!! Nak kena tembak ke!!". Maksud ke tepi dia tu bukannya duduk 'lane' paling kiri, tapi pergi masuk simpang ke kiri terus. Jalan terus tu MESTI dikosongkan. Untuk apa? Cuba teka. Sudah pasti untuk bagi laluan, sekali lagi, untuk ORANG BESAR. Bayangkan, jalan 3 'lane' hanya eksklusif untuk seorang manusia.

Apa perasaannya bila kita mengalami senario sedemikian. Adakah ini menunjukkan rakyat didahulukan? Dalam kes yang pertama mungkin aku boleh maafkan (err..boleh ke? 45 minit beb 'stuck' dalam kereta tak bergerak..huhu..) sebab slogan tu tak wujud lagi. Tapi untuk kes yang kedua tak boleh nak cakap apa la. Bayangkan dalam kedua-dua situasi, jalan raya selebar 3 'lane' perlu dikosongkan oleh kenderaan rakyat marhein, untuk membolehkan orang besar guna jalan tu tanpa melibatkan diri dalam kesesakan lalu lintas. Mungkin ada yang nak cakap tak apa lah, orang besar tu dia kena sampai cepat ke destinasi, ada hal penting. Habis tu, macam mana dengan rakyat ni? Masa diorang nak lalu tu, tak kan lah tak ada seorang pun ada hal penting. Ada tu yang baru nak balik kerja penat-penat, tak pasal-pasal je 'stuck' dalam kesesakan yang melampau. Apa yang menjustifikasikan keperluan orang besar tu untuk guna jalan raya seorang diri dan pada masa yang sama, menidakkan hak rakyat marhein untuk guna jalan tu jugak. Sekiranya benda macam ni terus diamalkan, maka aku rasa lebih baik tarik balik je slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan tu. Tak pun, 'just' tarik balik je 'part' Rakyat Didahulukan. Hanya untuk keselesaan seorang orang besar, orang lain pulak yang terpaksa bersusah. Tak salah nak bagi orang besar selesa, tapi bagi aku jadi salah bila ia mengganggu keselesaan orang lain, tak kisah la siapa pun orang lain tu.

-Sekian-

2 comments:

Juraidah Hashim said...

ke tepi ke tepi gergasi sudah kembali!!!!

haizad said...

Haha!! Gergasi jahanam yang nak lalu.